Sunday, June 1, 2008

Pegawai tentera

Saya ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa berminat menyertai tentera. Saya join tentera pada 2004 pada usia 27 tahun sebagai pegawai tugas ikhtisas. Sebagai Pegawai Kejuruteraan.
Saya dibayar gaji Gred j41 dan mendapat banyak privillege sebagai pagawai kerajaan kelas satu InsyaAllah ogos nanti saya dapat Gred J44. Time based promotion. Skrg pun gaji bersih plus elaun RM3800++.Oklah tu sebagai pegawai kerajaan baru. Jangan banding dengan swasta pulak. So sesiapa berminat bolehlah refer kat bawah:


Permohonan Pegawai


SYARAT KELAYAKAN (AM)
a. Warganegara Malaysia
b. Umur
Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
Pegawai Kadet ATMA - 17 ke 20 tahun
Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun
c. Kesihatan
Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna
Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg d. Ukuran dada (lelaki sahaja)
Biasa - 76.2 sm
Tarik Nafas - 81.2 sm.

Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerjaan seperti yang disenaraikan di bawah serta mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat SPM. Jurusan-jurusan yang diperlukan adalah seperti berikut:
KEJURUTERAAN
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (teknologi Marin).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer.
PERUBATAN/PERGIGIAN/VETERINAR/FARMASI
Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.
Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian.
Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar.
Ijazah Sarjana Muda Farmasi.
PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.
Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.c.
KAGAT
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam.

1 comment:

Unknown said...

assalamua'alaikum...

Juz nk bertanya..kebetulan jumpa web blogger ckp psl pegawai ikhtisas tentera...sy mmg sejak 2 tahun lps, xtau mcmane nk apply utk jwtan tu..sy br je abis blajar..medical degree. boleh sy tau macamane nk apply dan ape benefit utk pegawai perubatan tentera(if, u tahu psl tu..)..thanx :)