Friday, June 27, 2008

Happy aniversary to my wifey


260699 adalah tarikh ulangtahun perkenalan kami secara serius. Actually kami tak celebrate pun tarikh kahwin tetapi pada tarikh ini ia memberi makna yang lebih mendalam berbanding tarikh perkahwinan kami pada 24 dan 25 Feb 2001. Memang menarik sebab kami kahwin 2 hari. Ini kerana kami sebenarnya kahwin pada 24 Feb tetapi tersilap taip dalam surat nikah jadi 25 feb. Kami tak pergi pun untuk membetulkannya. biarkanlah. Apapun 2606 juga amat bermakna kerana Ma( my mother) yang turut berkongsi tarikh yang sama sempena hari jadinya. Selamat hari jadi MA, semoga panjang umur. InsyALLAH nanti saya akan post edisi khas untuk my mother sempena hari jadinya. So sebagai hadiah kepada my wife dan my mother saya telah menanam sepohon pokok pandan sebagai simbolik tanda kasih sayang saya. nak beli hadiah mahal2 tak mampu. Ada gambar pokok pandan tp x dapat load sbb line slow. Nantilah post. Untuk aniversary kali ini tak ada istemewa tapi amat bermakna kerana My wifey tersenyum sepanjang hari. Itu adalah hadiah yang amat bermakna pada hari yang bermakna. Kami cuma celebrate depan rumah sambil makan donut Big Apple dengan sepuasnya. Lepas tu pergi tanam pokok cinta (pandan) sebagai simbolik. Malamnya saya buat sembahyang hajat dan sedikit sembahyang malam. Itu saje, simple tp bermakna.


No comments: