Monday, June 30, 2008

Makan malam Regimental



Malam ini di kala sibuk dengan berita DSAI dan final EURO saya terpaksa hadir Mess Night bersama kawan ( Anuaruddin) yang menjadi bidan terjun setelah isteriku gagal untuk menghadirinya. Actually saya dah bayar RM 280 so rugilah kalau tak datang. Bertempat di Tingkat 14, berjaya Times Square Hotel. Gambar diatas di ambil setelah majlis berakhir. Dari kiri En. Anuaruddin Abdul Razak ( Future CEO of Telekom Malaysia) dan Hamba Allah SWT.Persembahan pada malam itu oleh Band D Electras. Sebenarnya saya dah nak muak tgk band ni seebab ianya band tempat saya kerja IJED. Boleh dikatakan setiap hari jumpa. Namum saya layan je lah. Persembahan terakhir , biasalah lagu poco-poco. So ramailah yang keluar menari. Sebagai info, memang setiap Pegawai tentera di ajar tarian poco2 semasa mereka dalam latihan. Saya tak menari sebab sedih memikirkan DSAI di samping ianya tidak mendatangkan faedah. Kalau di ajak sembahyang sunat ke ? zikir ke? ok jugak. Yang sedihnya tahun ini Mess night tak ada goodies. Tak ada kenangan nak di bawa balik. Kira gagal jugak majlis ni. So saya ambik menu dan name tage sebagai kenangan. Makan malam ni kira sederhana walaupn hotel 5 bintang. Lagi sedap masakan isteri kat rumah....

No comments: