Thursday, June 26, 2008

Bayar Gaji

Baru saja balik kerja jam 1 pagi td. Hari ini kerja 18 jam. Sebabnya hari ini masuk gaji bagi kakitangan awam. So hari ni juga kena bayar gaji dekat budak2. Tadi dalam jam 1100pagi pergi AffinBank PD keluarkan wang tunai RM300,000.00 ++ . So untuk keluarkan duit saya bawaklah seorang anggota sebagai escott siap bersenjata Steyr dan 20 biji peluru. Sementara saya bawak pistol Browning dengan 5 butir peluru. Selalunya ada 2 orang anggota sebagai escottt tapi hari ini seorang saja so saya sendirilah bawak senjata. Berat juga beg yang penuh berisi wang tunai. So setakat jam 12mlm tadi saya dah bayar RM250 ribu masih baki RM50 ribu. Esoklah sambung bayar. Begitulah kerja seorang pegawai tentera. Mcm2 kerja buat, bayar gaji, mengajar, jaga mesin, repair mesin , peguam , pencatat , jurubahasa, setiausaha, bendahari , dan mcm2 lagi. So kepada kakitangan kerajaan perkara ini sudah lumrah. Mata dah mengantuk, esok ada pengambaran filem kat Kem. So kena jadi penulis skrip pulak, mcm2.

1 comment:

norulaina said...

uiksss... kawal2 skit info nk tunjuk tu.. bahaya...