Friday, December 12, 2008

Zainab Al Ghazali


Bulan lepas, aku terbaca satu kisah menarik mengenai seorang tokoh Islam yang telah meninggal dunia pada 2 minggu lepas iaitu Zainab Al Ghazali ( maaf kalau ejaanya x betul). Beliau dilahirkan di Mesir, dan pada ketika itu tidak ramai wanita yang berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi kerana ianya dimonopoli lelaki. Dipendekkkan cerita, beliau adalah aktivis islam ketika itu dan pengasas pertubuhan wanita islam( sorry dah lupa namanya). Apa yang beliau perjuangkan ialah Islam dan Hak-hak wanita Islam. Tetapi apa yang menarik beliau amat menentang sebarang usaha untuk meningkatkan darjat wanita setaraf dengan lelaki. Pada pendapat beliau , walaupun wanita sekarang sudah mampu membuat segala kerja lelaki namum ajaran islam yang meletakkan seoarang wanita lebih mulia disisi Allah SWt sekiranya mengutamakan keluarga dan Suaminya. Pada ketika itu juga beliau telah ditangkap bersama pemimpin ukwatul Muslimin yang lain kerana Pro Islam. Semasa di sumbatkan di penjara beliau telah dikenakan beberapa seksaan yang amat berat antaranya di lepaskan beberapa ekor anjing ke dalam sel nya. Namum, Allah Swt telah menyelamatkan beliau tanpa sebarang kecederaaan...Moral of the story ialah: Semakin tinggi pelajaran seseorang itu mengenai Islam , maka dia akan sedar kedudukan dirinya..Sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhammah Zainab Al Ghazali.

No comments: