Wednesday, December 17, 2008
Tahniah Cik Lee..
Jam 1200tghari semalam aku di kejutkan oleh panggilan telefon dari ibuku. Menurutnya , isteri cik lee ( Izzati) sedang nazak di Hospital Muar kerana penyakit Denggi Berdarah! Aku mengucap panjang...menurut ibuku lagi..darah telah keluar dari kulitnya..( selalunya bila dah keluar darah dari kulit , dah x ada harapan hidup). Ibuku juga bagitahu yang semua ahli keluarga sudah berkumpul di Hospital Muar. Apa yang terbayang di fikiranku ialah sesi membaca Yasin di ruang menunggu hospital. So..aku tanpa berlengah lagi terus bertolak dari Port Dickson ke Muar sejauh 150++km yang mengambil masa 2 jam ( kelajuan 100km/j ++). Tepat jam 430 ptg, aku tiba di Hospital Muar dengan berpakaian uniformku. Mata mencari-cari dimanakah mereka berkumpul. Tiba-tiba..ku terpandang cik Lee dan keluarga..hatiku berbisik..tiada sesi membaca Yasin. Terus aku mara dan bersalaman dengan mereka. Tanpa berlengah, aku mengajukan pertanyaanku bertalu-talu kepada cik Lee untuk mengetahui kedudukan sebenar. Aku menarik nafas lega setelah mengetahui kedudukan yang sebenar. Isterinya sebenarnya bersalin dan berlaku tumpah darah dan sebelum bersalin dia demam denggi. Tepat jam 6 pagi 16 Dis 08 Izzati telah melahirkan anak perempuan seberat 3.35kg. Namum, baby masih dalam inkubator menantikan Izzati yang masih dalam dewan bersalin. Izzati di tahan dalam dewan bersalin kerana banyak berlaku tumpah darah semasa bersalin. Tahniah Cik Lee atas kejayaan mendapat anak ke 2. InsyaAllah Izzati tidak ada apa2. Moral of the story....jangan kita cepat menilai sesuatu situasi tanpa kita memeriksanya terlebih dahulu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment