x tahu nak cakap apa. Dah tertulis dalam Al-Quran dan memang benar. Kalau lah PM arahkan ATM menyerang Israel, sayalah antara volunteer yg akan pergi. Pergi mencari Syahid! Terbaca satu kisah mengenai sahabat nabi bernama Amar. Amar merupakan orang yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT tanpa pernah menunaikan solat, puasa, zakat, haji dan lain2. Begitulah istemewanya seorang pemuda bernama Amar ini. Pada ketika hidupnya, beliau antara orang yang paling hebat menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Sehinggakan beliau amat di benci oleh para sahabat baginda. Pada suatu hari ketika baginda bersiap-siap untuk pergi berperang beliau talah didatangi oleh Amar. Baginda amat terkejut dan bersyukur setelah Amar menyatakan untuk memeluk Agama Islam. Baginda menerima pengislaman Amar tanpa pengetahuan para sahabat. Sejurus memeluk Islam, Amar bertegas untuk berjuang bersama baginda dalam perang. Semasa dalam perang kehadiran Amar menimbulkan kehairanan kepada pada sahabat dan beliau di cemuh. Tanpa mengirau cemuhan tersebut Amar terus berjuang sehingga terkorban. Setelah mencapai kemenangan, baginda telah mengumumkan tentang pengislaman Amar kpd para sahabat dan menjanjikan syurga kepadanya. Moralnya...walaupun kita berada dalam kejahilan nescaya pintu taubat sentiasa terbuka. Al-Fatihah untuk Amar dan para pejuang palestin yang terkorban dalam mempertahankan agama Islam yang suci..
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment