Wednesday, December 31, 2008

Israel @ Iblis


x tahu nak cakap apa. Dah tertulis dalam Al-Quran dan memang benar. Kalau lah PM arahkan ATM menyerang Israel, sayalah antara volunteer yg akan pergi. Pergi mencari Syahid! Terbaca satu kisah mengenai sahabat nabi bernama Amar. Amar merupakan orang yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT tanpa pernah menunaikan solat, puasa, zakat, haji dan lain2. Begitulah istemewanya seorang pemuda bernama Amar ini. Pada ketika hidupnya, beliau antara orang yang paling hebat menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Sehinggakan beliau amat di benci oleh para sahabat baginda. Pada suatu hari ketika baginda bersiap-siap untuk pergi berperang beliau talah didatangi oleh Amar. Baginda amat terkejut dan bersyukur setelah Amar menyatakan untuk memeluk Agama Islam. Baginda menerima pengislaman Amar tanpa pengetahuan para sahabat. Sejurus memeluk Islam, Amar bertegas untuk berjuang bersama baginda dalam perang. Semasa dalam perang kehadiran Amar menimbulkan kehairanan kepada pada sahabat dan beliau di cemuh. Tanpa mengirau cemuhan tersebut Amar terus berjuang sehingga terkorban. Setelah mencapai kemenangan, baginda telah mengumumkan tentang pengislaman Amar kpd para sahabat dan menjanjikan syurga kepadanya. Moralnya...walaupun kita berada dalam kejahilan nescaya pintu taubat sentiasa terbuka. Al-Fatihah untuk Amar dan para pejuang palestin yang terkorban dalam mempertahankan agama Islam yang suci..

Tuesday, December 30, 2008

LV


Louis Vuitton (4 Ogos 182127 Februari 1892) adalah seorang perancang Perancis yang paling terkenal dengan barang-barang kulit yang dijualnya. Barang-barang tersebut dijual dengan jenama yang sama dengan namanya, 'Louis Vuitton'.
Vuitton mulai menghasilkan beg di Paris pada 1854, dan syarikatnya menjadi pembuat barang-barang mewah yang terkenal.
Vuitton meninggal pada 27 Februari 1892, tetapi beg Vuitton dan barangan kulit buatan kilangnya masih merupakan tanda kemewahan di seluruh dunia. Sayangnya, beg Vuitton sering dipalsukan kerana terlalu ramai orang yang menginginkannya. Saya ada beberapa koleksi Beg LV original yang hendak di jual. Ada 4 buah semuanya. Akan di uploadkan di secondbargainbox2.

Wacana Perdana



20 Dis 2008 berlangsung di Balai Islam , Lundang. Ahli Panel ; Datuk Husam ( Naib Presiden PAS) , Khairy Jamaluddin ( Bakal Ketua Pemuda Umno) dan Prof Dr Aziz ( Pakar Undang2 ). Jikalau anda belum menonton Video wancana ini cepat2lah dapatkannya. Ternyata KJ memang hebat berpidato kalau nak compare dgn Husam, apatah lagi Prof Aziz. Tapi walaupun hebat berpidato KJ gagal membawa fakta2 penting cuma sekadar penyerang peribadi lawan dan seterusnya dibalas oleh Husam. Prof Aziz pada pandangan saya banyak memberi input penting dan menyedarkan kita tentang sistem perundangan. Walaupun Prof berkecuali namum pada malam itu beliau memang menentang Umno dengan hujah2 nya yang bernas. Ternyata kebenaran muncul jua. KJ sekali lagi memainkan isu hudud dan seterusnya memerangkap dirinya sendiri. Seperti yang kita tahu bukannya PAs tidak melaksanakan Hudud di Kelantan tetapi tidak diluluskan di Pusat. Semua orang tahu, tapi entah mengapa KJ memainkannya kembali dan seterusnya memerangkap dirinya. Mungkin KJ x tahu kot...Apa2 pun dapatkanlah VCD ini. Memang berbaloi bagi anda yang berada di atas pagar...

Wednesday, December 24, 2008

Friday, December 19, 2008

Apakah itu bowling?


Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar.
Sejarah bowling bermula pada era Laksamana Cheng Ho. Beliau terkenal sebagai seorang pemain bowling tersohor pada masa itu. Namun, oleh kerana tiada siapa dapat mengalahkannya maka beliau selalu membangga-banggakan diri dan perlekehkan orang lain. Namun berita ini telah sampai ke telinga Laksamana Hang Tuah. Berbekalkan teknik balingan helikopter , Hang Tuah telah mencabar Cheng Ho bermain 2 game. Tanpa diduga pada hari pertandingan, kedua-duanya telah ditewaskan oleh Puteri Hang Li Po yang hanya menggunakkan teknik balingan lurus dan slow motion. Moral of the story...Janganlah kita memperlekehkan cabaran dari golongan yang lemah dan tidak terkenal, tiada siapa yang tahu esok milik siapa?

Thursday, December 18, 2008

Komandan Chin


Lt Kol Chin Jyih Shane is my commander now. Diam x diam dah 10 bulan dia jadi my boss. Pada awal tahun ( Mac) dia memang ganas dan huru hara IJED di buatnya. Saya antara yang paling banyak bertengkar dengarnya. Tiada orang tahu hanya kadang2 saya bercerita pada SEO. Peg JLJ x banyak yang melawan bila berdepan. Namum setelah saya mengikut caranya bekerja dia sudah mula close. Dia dah mula menghargai segala kerja yang saya buat. Bila kami menang F1 peringkat Zon, caranya dah mula lembut. Namum banyak perkara yang saya belajar darinya walaupun dalam keadaan tertekan. Memang diakui beliau seorang yang kuat bekerja. Beliau adalah Komandan yg ke 4 yang pernah saya berkhidmat di IJED dan dia bagi saya adalah yang terbaik. Walaupun gayanya keras dan x mesra pelanggan tapi hasil kerjanya bagus dan telah terbukti. My wifey mesti x setuju dengan pendapat saya kerana Komandan telah banyak mengambil masa saya bersama keluarga x kira sing atau malam. Namum setelah direnung kembali , memang betul katanya.. dia selalu berkata " Jikalau nak buat sesuatu, buat bersungguh2 tanpa had" . Memberi alasan sebelum membuat sesuatu kerja adalah pantangnya..dan yang bestnya tahun ini saya dapat cuti untuk AidilAdha yang mana x pernah dapat semasa pemerintahan Komandan sebelumnya.

Wednesday, December 17, 2008

Tahniah Cik Lee..

Jam 1200tghari semalam aku di kejutkan oleh panggilan telefon dari ibuku. Menurutnya , isteri cik lee ( Izzati) sedang nazak di Hospital Muar kerana penyakit Denggi Berdarah! Aku mengucap panjang...menurut ibuku lagi..darah telah keluar dari kulitnya..( selalunya bila dah keluar darah dari kulit , dah x ada harapan hidup). Ibuku juga bagitahu yang semua ahli keluarga sudah berkumpul di Hospital Muar. Apa yang terbayang di fikiranku ialah sesi membaca Yasin di ruang menunggu hospital. So..aku tanpa berlengah lagi terus bertolak dari Port Dickson ke Muar sejauh 150++km yang mengambil masa 2 jam ( kelajuan 100km/j ++). Tepat jam 430 ptg, aku tiba di Hospital Muar dengan berpakaian uniformku. Mata mencari-cari dimanakah mereka berkumpul. Tiba-tiba..ku terpandang cik Lee dan keluarga..hatiku berbisik..tiada sesi membaca Yasin. Terus aku mara dan bersalaman dengan mereka. Tanpa berlengah, aku mengajukan pertanyaanku bertalu-talu kepada cik Lee untuk mengetahui kedudukan sebenar. Aku menarik nafas lega setelah mengetahui kedudukan yang sebenar. Isterinya sebenarnya bersalin dan berlaku tumpah darah dan sebelum bersalin dia demam denggi. Tepat jam 6 pagi 16 Dis 08 Izzati telah melahirkan anak perempuan seberat 3.35kg. Namum, baby masih dalam inkubator menantikan Izzati yang masih dalam dewan bersalin. Izzati di tahan dalam dewan bersalin kerana banyak berlaku tumpah darah semasa bersalin. Tahniah Cik Lee atas kejayaan mendapat anak ke 2. InsyaAllah Izzati tidak ada apa2. Moral of the story....jangan kita cepat menilai sesuatu situasi tanpa kita memeriksanya terlebih dahulu..

Monday, December 15, 2008

Zakat kepada bukan ISlam

Menarik bunyinya. Sekali baca mesti kita akan mengatakan tidak kerana Zakat seperti diketahui umum untuk membantu umat Islam.Mufti perlis telah mengharuskan pemberian zakat kepada bukan Islam atas dasar membantu dakwah. Begitu juga pendapat oleh Yusuf Qardawi yang merujuk kepada Asnaf Muallaf ( golongan yang membantu perjuanagn Islam iaitu samaada baru memeluk Islam atau Belum). Moralnya..jangan cepat melatah bila terdengar sesuatu yang luar biasa, mungkin ada kebenarannya disebabkan kejahilan diri kita sendiri...Contoh yang paling baik ialah apabila Tok Guru Melantik Menantunya sebagai Pegawai Kanan PKINK yang mencetuskan bantahan besar-besaran kononnya ada unsur2 rasuah. Hari ini 15 Dis 2008 Penjelasan dari Pengarah BPR Kelantan mengatakan dakwaan itu tidak berasas sama sekali setelah melakukan siasatan berbulan-bulan. Allah Maha Besar!

Friday, December 12, 2008

Zainab Al Ghazali


Bulan lepas, aku terbaca satu kisah menarik mengenai seorang tokoh Islam yang telah meninggal dunia pada 2 minggu lepas iaitu Zainab Al Ghazali ( maaf kalau ejaanya x betul). Beliau dilahirkan di Mesir, dan pada ketika itu tidak ramai wanita yang berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi kerana ianya dimonopoli lelaki. Dipendekkkan cerita, beliau adalah aktivis islam ketika itu dan pengasas pertubuhan wanita islam( sorry dah lupa namanya). Apa yang beliau perjuangkan ialah Islam dan Hak-hak wanita Islam. Tetapi apa yang menarik beliau amat menentang sebarang usaha untuk meningkatkan darjat wanita setaraf dengan lelaki. Pada pendapat beliau , walaupun wanita sekarang sudah mampu membuat segala kerja lelaki namum ajaran islam yang meletakkan seoarang wanita lebih mulia disisi Allah SWt sekiranya mengutamakan keluarga dan Suaminya. Pada ketika itu juga beliau telah ditangkap bersama pemimpin ukwatul Muslimin yang lain kerana Pro Islam. Semasa di sumbatkan di penjara beliau telah dikenakan beberapa seksaan yang amat berat antaranya di lepaskan beberapa ekor anjing ke dalam sel nya. Namum, Allah Swt telah menyelamatkan beliau tanpa sebarang kecederaaan...Moral of the story ialah: Semakin tinggi pelajaran seseorang itu mengenai Islam , maka dia akan sedar kedudukan dirinya..Sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhammah Zainab Al Ghazali.

Wednesday, December 3, 2008

Kerusi 40 Tahun..


Kerusi yang di duduki oleh Umar dan Imah itu sebenarnya sudah berusia 40++tahun. Namum masih dalam keadaan baik walaupun ada sedikit berkarat. Apa yang menariknya adalah , kerusi itu di beli oleh Tok Ayah kepada anak bongsunya iaitu Cik Su. Menurut Mek, Tok Ayah membeli kerusi tersebut kepada Cik Su a.k.a anak kesayangan mereka bagi membolehkan beliau belajar dengan baik setelah Cik Su mengadu lenguh2 akibat selalu menulis di atas lantai. Begitulah kasih sayang seorang Ayah kepada anaknya. Sebagai seorang ayah , pasti akan cuba memenuhi segala kehendak anak2nya dan Isteri. Di kesempatan ini saya menyeru kepada para isteri dan anak2 di seluruh dunia agar sentiasa menghormati ayah masing2. TIdak kiralah kamu seorang doktor, Jurutera , doktor gigi, ahli muzik atau sesiapa sekalipun , janganlah memandang rendah kepada ayahmu. Hormatilah dia, sebagaimana dia menghormati segala kehendakmu ketika kecil dulu....

Monday, December 1, 2008

Tag!!

Who was the last girl you talked to?
** my lovely wife
Who was the last guy you talked to?
** my bro, Hafez ( Pasal perancangan balik kampung)
How do you handle stress?
** Qiamullail
Do you think best friends can be replaced?
** boleh
Who was the last person did u call?
** my dear wifey
What does the oldest text message in ur inbox say?
**You have insufficient Airtime Balance..Please reload your prepaid..
What was the last song you sang out loud?
** Gagah setia dan Takbir!
Who was the last person to message you?
** My Bro, Hafez
What time did u go to bed last night?
** 9 mlm
What book are you reading recently?
** Thomas the Tank Engine
Who gives you the best advise?
** My Imah & Wifey
Do you eat whipped cream straight from the can?
** Asalkan halal
What was the last thing to make you laugh?
** Umar
What is the color of your room?
** biru keadilan
Do you believe in the saying "talk is cheap"?
** Tak faham soalan ni
What are you listening to right now?
** Bacaan Ayat suci Al-Quran yang keluar dari mulutku..
Are you talking to anyone while doing this?
** X
What always makes u smile?
** Umar & Imah
Are you blond?
** Dulu ye, skrg dah colour warna hitam
What are you doing after this?
** Solat Hajat
Were you happy when you woke up today?
**Syukur..sbb masih bernyawa
Last person you ate with?
** my father
What were you doing at 8.00 this morning?
** Berzikir selepas solat dhuha
What was something that happened to you in 1998?
** Tahun 3 di UTM skudai
If you were stranded on an island with the person you hated and without food
** Ajaklah dia solat berjemaah dan berpuasa
When someone catches your eyes, do you try to make an eye contact or avoid it?
** mesti avoid
What color is your comp/laptop?
** Hijau Florosent
What was the last thing you bought?
** Snack PlateKFC
How do you know when ur in love?
** Terlupa hendak solat malam
The person you want to tag to do this thing?
** Raja Petra, Dr.M dan Abdul Razak Baginda