ENTAH berapa ribu bakul maki hamun yang disumpahkan oleh pengguna jalan raja di sekitar ibu Kota Kuala Lumpur hari ini khasnya mereka yang menghala atau melalui jalan ke Parlimen. Kesesakan teruk berlaku berjam-jam sejak dari awal pagi hingga ke saat ini - 4:14 pm. Keadaan bertambah buruk apabila sebelah petang hujan turun dengan lebatnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memohon maaf kepada rakyat berikutan sekatan jalan raya yang dibuat polis menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk pagi tadi.
Beliau berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil polis berikutan maklumat yang diterima polis bahawa satu perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di pekarangan Parlimen.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment