Thursday, July 31, 2008

Masakan Shida


Ok. lupakan sekejap politikus. My bro Hanan dan Shida datang menziarahi kami sekeluarga pada hari Isnin yang lalu. Imah merupakan orang yang paling gembira sebab ada orang akan layan dia. Diringkaskan cerita, shida telah memasak lauk special untuk kami iaitu ketam goreng cili, siakap sweet sour dan kerabu terung. Masakan beliau memang sedap tapi masih tak boleh tanding my wife dan my mother. So kepada Shida , terima kasih diucapkan dan anda memang pandai dan cekap memasak. Maybe setelah setahun Hanan kahwin dengan Shida, dia akan gemuk macam saya sekarang.

Tiada kena mengena!

Gambar di atas tiada kena mengena dengan apa yang akan ku ulas.

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat". Memang sudah dijangka, takkan Hospital Pusrawi sanggup ditutup oleh kerajaan. Mereka mesti menjaga periuk nasi mereka. Tiada yang sehebat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang periuk nasinya sudah pecah. Maka beliau terpaksa menanak dengan kayu api mulai sekarang. Tapi orang kata nasi yang di tanak dengan kayu api memang sedap. Saya setuju, astora jabat tentu tak setuju.

Tuesday, July 29, 2008

Kes DSAI

Akhirnya ada juga seorang Doktor yang berani mempertaruhkan hidupnya bagi mengaku ada membuat pemeriksaan ke atas Saiful Bukliwat. Tahniah kepada beliau kerana berani tampil walaupun dia tahu apa akan jadi kepada dirinya dan juga keluarganya selepas ini. Jikalau semua rakyat malaysia bersikap begini nescaya kerajaan sekarang akan jatuh lebih awal. Sebagai renungan untuk semua, sama-samalah kita fikirkan apa akan berlaku kepada doktor itu. Pertama, beliau akan lebih terkenal dari pakar jantung negara. Kedua, dirinya dan keluarganya akan menghadapi kesan pyskologi yang amat hebat. Ketiga dan seterusnya.. lu fikirlah sendiri.

Sunday, July 27, 2008

Anya Hindmarch -I'm not A Plastic bag


Entah mengapa sejak akhir2 ini dah malas nak update blog. Lagipun tiada isu yang menarik untuk di ulas. Kebetulan pula sibuk dengan secondbargainbox 1 & 2. Hari ini my F.I.L , shida ada datang kat rumah. So my imah amat suka sebab ada orang yang akan bermain dengannya. Esoknya my bro Hanan akan sampai. Baguslah dah lama orang tak datang rumah. Barulah berkat sikit. Saya ada dapat satu beg 'i'm not a plastic bag' dari Anya hindmarch london. Brand ini amat terkenal di Hollywood kerana prestij dan kemewahannya. Walaupun terkenal saya tetap akan jual dengan harga RM95. Mungkin saya akan tukar fikiran nanti kot..

Thursday, July 24, 2008

Muzakarah


Sekarang isu muzakarah pula yang timbul. kalau kita perhatikan , kebanyakkan isu yang hangat pasti tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Samaada isi DSAI sehinggalah isu muzakarah. Isu Najid sudah tenggelam, isu khairy dah senyap , memang diakui Umno masih pandai dalam politik selagi mereka dapat menguasai media massa ataupun elektronik. Isu muzakarah memang sengaja diadakan supaya Pakatan rakyat goyah. lebih2 lagi DAP yang mla mempersoalkan PAS. Saya berharap DAP tidak terperangap dalam isu ini. Be positif. Muzakarah benda yang baik, let it be.

I'm back!


Huh setelah lama tak update sebab busy dengan secondbargainbox. Barang yang paling berbaloi di beli pada kali ini ialah Brand New! Fisher Price Link a doos rocker. Harga retail RM299 kami jual RM 95. So jgn lepaskan peluang ini!

Monday, July 21, 2008

Just return

2 hari tak update my blog sebab merantau cari barang untuk secondbargainbox. So kira berbaloi jugaklah pencarian itu. Dapat lebih kurang 40++ unit barangan untuk dijual. So, nantikanlah barangan terbaru dalam seconbargainbox nanti. Nothing less to jot down, sebelum terlupa selamat tiba ke tahah air buat adikku Dr. hanan. See u then.

Friday, July 18, 2008

Big Family Reunion

Gambar semasa hari kahwin Qistina, salah satu contoh reunion.

Ada ura2 nak buat reunion untuk my big family. My cadangan senang saja, pada hari raya pada tahun ini semua mesti balik beraya di Kg Gong Kemuning pada hari raya pertama. Semua mesti sembahyang hari raya di Masjid Gong Kemuning. So , selepas itu terpulanglah nak kemana, samaada ke rumah mertua ke? ke KL ke? Ke grik ke? Ke Sarawak ke? atau mana2 saja. Saya rasa itu cadangan paling baik untuk berjumpa semua sekali. So kepada yang dah berkahwin mintalah kebenaran suami anda. Jangan pula ada yang bermasam muka jikalau suami tak benarkan. Ikutlah cakap suami, syurga isteri dibawah tapak kakinya. Untuk itu, berusahalah dari sekarang untuk memujuk suami atau isteri anda untuk kita bertemu pada hari tersebut. Untuk hidangan pada hari tersebut sila bawak sendiri sebab Mek dan Tok Ayah dah tak larat nak buat kuih.

Thursday, July 17, 2008

2222

No komen beb!

Wednesday, July 16, 2008

Tan Sri Musa Hassan lupa janjikah?

Gambar menunjukkan DSAI di dalam kereta bersama polis bertopeng.
Dah la buat hal usung tilam pada tahun 1998 dulu, hari ni cerita pasal benda pelik lagi ...
Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:
“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”
Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:
“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.

DSAI di tahan

Memang sudah di agak, tapi tidak disangka sebegitu caranya. DSAI ditahan sepasukan Unit Komando PDRM. Adakah beliau seorang yang berbahaya? Mengapa perlu begitu? Kejamnya mereka ini. Malas nak komen lagi. Lagi komen rasa nak memberontak pulak. Berikut kronologi penahanan DSAI(dari Malaysiakini):


Ulasan Debat

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada penganjur majlis ini. Satu langkah yang baik untuk rakyat menilai para peminpin mereka. DSAI bermula perlahan dan lambat panas, manakala Shaberry dari awal2 lagi mula menyerang peribadi DSAI. DSAI mula mempamerkan fakta2 menarik di penghujung debat, manakala Shaberry tak habis2 dengan menyerang peribadi DSAI. So for your info sokongan saya sebelum debat bermula ialah 55:45 memihak kepada DSAI tetapi setelah tamat debat sokongan saya 100:0 memihak kepada DSAI. Ini kerana , shaberry terkeluar dari tajuk perbincangan kerana lebih mementingkan peribadi berbanding isu negara. Kau ( Shaberry) memang memalukan UMNO, dahlah muka tak hensem, cakap tak bagus, senyum macam beru.., eeee..memang geram dan meluat. Tahniah DSAI kerana masih mampu hadir walaupun diberitakan akan ditangkap bila2 masa saja. So, kesimpulannya, DSAI perform much better than Shaberru...k. Hopefully next time our beloved PM will be on that place.

Tuesday, July 15, 2008

Peralihan Kepimpinan

Sekali lagi saya amat tertarik denag tulisan dari Tun Dr. Mahathir dalam blognya. Tulisan yang logik dan disokong dengan bukti2 yang kukuh. Memang saya akui beliau seorang yang bijak namaum pada masa ini Pak LAh lagi bijak! Sila layari tulisannya di chedet.com

Negara Kita Sudah Darurat?

ENTAH berapa ribu bakul maki hamun yang disumpahkan oleh pengguna jalan raja di sekitar ibu Kota Kuala Lumpur hari ini khasnya mereka yang menghala atau melalui jalan ke Parlimen. Kesesakan teruk berlaku berjam-jam sejak dari awal pagi hingga ke saat ini - 4:14 pm. Keadaan bertambah buruk apabila sebelah petang hujan turun dengan lebatnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memohon maaf kepada rakyat berikutan sekatan jalan raya yang dibuat polis menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk pagi tadi.
Beliau berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil polis berikutan maklumat yang diterima polis bahawa satu perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di pekarangan Parlimen.

secondbargainbox

Syukur semua barang telah habis dijual pada minggu ini. So kena tunggulah barang baru hari minggu ni. Jumlah dagangan mencecah RM600++. Ok lah tu, semoga ianya terus maju jaya.


Sunday, July 13, 2008

Peralihan Kuasa...pendapat dari Dr.M


"Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010. Sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya dia ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13. Jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Umum ini dan Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Dato Seri Najib."
kata Tun Dr. Mahathir


*I agree with Dr.M on Badawi Regime. That's why come next GE the 2 Parliment seat that Penangites let BN win will not happen again!
His own state rejects him as a leader.UMNO is not relevant to rakyat. It's only relevant to UMNO members who depends on the party to support their monthly income.

Amaran Ezam pada Anwar...

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya

*Bagus jugak Ezam mendedahkan segalanya. Nak tgk logik te tak? Kalau betul sama2lah rakyat menghukum DSAI. Kita tak mahu peminpin yang tak betul. So Ezam, dedahkan terus jer, tak payah ugut2 macam budak2 pulak.

* Add info- Datin Seri Wan Azizah dapat anugerah " Datuk Seri" dari Y.pertua P.Pinang. For more info go to DSAI Blog

Umar sudah sihat!


Syukur kepada Allah SWT kerana buat pertama kali malam tadi kami dapat tidur tanpa gangguan. Umar sudah tidak menangis seperti mlm2 sebelumnya. Dia sudah mula menyusu balik. Maka kehidupan kami kembali berseri. So, lepas ni terus pergi enjoy!

Saturday, July 12, 2008

qazaf part 2

Gambar DSAI dan isteri untuk menfailkan tuntutan qazaf setelah dinasihati oleh ulama’ dari dalam dan luar negara untuk berbuat demikian.

"Mereka mengusulkan tindakan tersebut kerana ia bersesuaian dengan tuntutan syarak. Malah mereka menentang keras jika saya mengambil keputusan untuk bersumpah dengan menjunjung Al Quran di dalam masjid, kerana tidak ada nas-nas yang menyokong perbuatan tersebut.
Saya juga sudah membaca
fatwa Sheikh Taha Jabir al-’Ulwani, ulama’ tersohor dari Iraq berkaitan fitnah yang dilemparkan ke atas batang tubuh saya. Fatwa tersebut ternyata menjelaskan segala kekeliruan sekitar isu ‘bersumpah dengan menggunakan Al-Quran’ serta ia (fatwa) berperanan sebagai ilmu yang bermanfaat kepada umat." Kata DSAI
* Bagi saya walaupun bersumpah dengan menjunjung Al Quran tiada dalam nas tak salah rasanya di buat jikalau itu boleh memberi keyakinan kepada rakyat. Betulkan saya kalau saya silap!

Wahai Umar anakku...

Mlm ni masuklah malam ke empat kami tidak tidur. Umar tidak berhenti-henti menangis. Sampaikan terlintas untuk bagi orang lain, tapi fikiranku masih waras memikirkan beliau adalah amanah dari Allah dan masih kecil. So kepada pembaca , jika anda seorang doktor, bomoh, atau apa2 saja jawatan yang boleh memberi petua dalam mengatasi masalah ini, silalah berikan pandangan anda. Saya dah tak tahu nak buat apa. Klinik dah pergi 3 tempat, plan esok nak bawak jumpa pakar kanak2 kat seremban. Semoga ianya berhasil.