Wednesday, December 2, 2009

When the smoke is going down

If something happen..it not do that way...Only the strong..can survive..
no matter ...no way..or no ....norway..
everything is going down.. When tho smoke is going down....
but....one day the smoke will not going down again..hopefully..TQ

Tuesday, December 1, 2009

New Place..New Position..New Situation


It's almost 2 months...this popular blog's stuck without new update...Sorry to all millions fans out there...Now...i no longer at PD..no longer at IJED...i already transfer to MINDEF in JP&P ( Jabatan Perumahan dan Pembinaan ) in Maintenance section....

New place..new position..new friends..new situation....and the most important ..new lifestyle..
No more..730- 1430 ..now 800-1700...need to ready before 0600 everyday and usually will be at home at 0730..onwards...

Truthly..i miss my previous place...but the thing will be settle down later...but the good thing is...i will practic my electrical background in my daily work....That's great!..I'm not a good teacher...n i hope i will be a good engineer...The new era will begin...

Sunday, September 6, 2009

Kenapa x update?


ramai org tanya knp x update blog? ini jawapan nya...bila on line jer terus main travian...dulu main suka2 je..skrg dah giat...semua ini sebab my bro hafiz yg mulakan...berkomunikasi antara pemain sebenar adalah penariknya...lagi satu ianya mmg games untuk golongan profesional...byk taktikal...dan yk kenal pemain dari golongan profesional...ada doktor, engineer, peg bank, student u, pemain luar negara, dan ramai lg...tp mostly staf telekom ramai betul main...mungkin internet laju kot...so kpd yg belum mencuba...x payah cuba,,,nanti terlekat macam diriku...:)

Sunday, July 26, 2009

Dare to Honda?

We went for special trip to Honda factory Melaka. Nice trip. Although all workers all Malay but Japanese style practiced at all way. Hait-San, Sampai jer turus kena Hait-we all pun Hait sama. Good info, here only Civic, Accord, City and CRV jer yang dibuat. So, walaupun u buy Honda, tetapi still made in Malaysia. (Pemasangan jer). Yang menarik, 90 % menggunakan tenaga manusia. Not like Proton 100% computerized by robot. Lagi info, kecuali Body dan Engine ( Interior ) semua parts dtg dari local vendor. Ada vendor yg sama bekalkan untuk Proton. So, nanti jgn persoalkan kenapa,why quality interior parts untuk Civic, Accord, City, Crv not like Oddesey and Jazz. Another info, kat Honda Melaka masa untuk complete kan seunit kereta hanta 1.5 hari. Bagi graduan yg looking for job, kat Honda mereka utamakan Diploma Holder than degree. Advantage untuk bekas pelajar Politeknik coz 80 % their workers now are polithecnician.

Thursday, July 16, 2009

UTM kembali

Lawatan ke Makmal Teknologi Marin. Makmal marin terbesar di Asia Tenggara!
Penerangan oleh Jurutera Makmal Aeronautik.
Akhirnya aku kembali jua ke UTM, tapi pada kali ini bkn sebagai student tapi mengetuai delegasi lawatan dari IJED bagi menjalinkan kerjasama dengan makmal Aeronauti Khasnya dan UTM amnya. Byk perubahan telah berlaku pada UTM. Mengimbas ketika tahun 1995 ketika aku pertama kali menjejak kaki ke UTM sebagai pelajar tahun 1 dan pada masa kini UTM terus unggul sebagai sebuah Universiti Teknologi yg melahirkan ramai Jurutera dan teknokrat di Malaysia. Terasa bangga sebagai bekas pelajar UTM. Semoga suatu hari nanti aku akan kembali lagi di sini sebagai seorang student sekali lagi...

Saturday, July 4, 2009

Bam Bam Bee

hebat btl demam transformers. Umar dah mula sebut Bam2 Bee...kaum ibu dan bapak pun dah mula turut demam. DVD transformers yg dulu pun di beli dan di review lagi. 1st time beli dvd ori walaupun 5X lebih mahal dari lanun tp sebab revenge o t Fallen bagus turut jd faktor. x sabar tunggu dvd transformers2, mesti beli buat koleksi. Maybe kalau ada rezeki lebih boleh beli blue-ray RM160 . tp mungkin tahun dpn harganya dah jatuh. Apapun orang putih sekali lagi berjaya melekakan kita buat seketika dari melaksanakan beribadat kpd Allah SWT.

Friday, June 26, 2009

26 June

Lafaz yg tak terucap sering menjadi punca pergaduhan. Ucapkanlah wahai kaum Adam, ketepikan egomu, hargailah isterimu. Bukan emas, berlian atau zhulian yg diharapkan tetapi lafaz yang patut di lafazkan.. Thanx to my wife 4 being loyal 4 almost 10 years. Tq.."Sang- Boob"
Also happy birthday to my greatest Mom. "Paradise below ur foot"

Thursday, June 25, 2009

26 June

Kenapa kaum lelaki selalu lupa tarikh2 penting,
Walaupun dia cuba untuk mengingatinya, Tapi apakan daya, Allah SWT memang hebat,
Esok 26 jun tarikh penting dalam hidup kami,
itupun aku hampir2 terlupa, Bukan sekali dua tapi setiap tahun. Tapi mmg betul kata kata seorang penceramah dari Seremban. Suami mmg mcm tu. Dah fitrah lelaki macam tu. Tapi dalam hati mereka ada ungkapan yang tak terlafaz....terima kasih isteriku

Wednesday, June 24, 2009

Transformers Day

Haha..hari yg di tunggu dah tiba. Umar punya pujaan akan mula mnyerang. We plan nak tgk esok lepas jumaat. Tp bkn kat Jusco, walaupun dekat tp kami rasa org akan ramai. So alternative nya ialah kat MBO Terminal2. Cineplex masih baru, tapi org x ramai. So, harap betul umar behave coz inilah merupakan 1st time umar masuk panggung. Kita tgk nanti...

Tuesday, June 16, 2009

Takutla is Transformers




Takutla pada asalnya bermula bila 1st time Umar tgk trailer PS2 untuk Transformers the game. Tiba2 pd satu hari the real takutla muncul. Umar betul2 happy walaupun tak sampai sejam tangan bumblebee dah putus. ( Ketika ini kedua2nya tangan dah putus). Tq very much to Dr Hanan. Imah pun dapat new shirt dari Levi's. Bak kata pepatah "tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima". So tak sabar2 nak tgu 24 Jun nanti , coz nak cuba bawak Umar ke TGV tgk Transformers 2. Hopefully dia duduk diam.

Thursday, June 11, 2009

Neraka Jahanam

Diriwayatkan oleh Yazid Arraqqasyi : Jibril datang berjumpa dengan Nabi Muhammad dengan muka yg berlainan.

Nabi bersabda: Wahai Jibril kenapa wajahmu lain benar?

Jibril: Wahai Muhammad, Allah SWT menyuruhku supaya dikobarkan api dari neraka jahanam.

Nabi bersabda: Jelaskan padaku sifat jahanam itu.

Jibril: " Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu di gantung di antara langit dan bumi nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang2 dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahanam itu sangat dalam, perhiasannya besi, dan minuman di campur air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan2 api.Api neraka ada 7 pintu, tiap2 pintu ada bahagiannya yang tertentu ."

Nabi bersabda: Wahai Jibril apakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?

Jibril: " Tidak , tetapi selalu terbuka. Sesetengahnya di bawah dari yang lain. Dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70,000 tahun. Tiap pintu lebih panas dari yg lain 70 kali ganda ( Ertinya yg ke bawah semakin panas)."

Nabi bertanya: Siapakah penduduk pintu2 tersebut?

Jibril: " Pintu yg pertama, untuk org2 munafik dan org2 kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun. Pintu Kedua, tempat orang2 musyrikin bernama Jahim. Pintu Ketiga, tempat orang shobi'in bernama Sagar. Pintu Keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu Kelima, Orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu Keenam, tempat orang Nasara bernama Sa'eir. "

Kemudian Jibril diam seperti segan kepada Nabi.

Nabi bertanya: Mengapa kau tidak terangkan siapa di Pintu ketujuh?

Jibril: " Di dalamnya orang2 yang berdosa besar daripada kalangan umat mu yang mati tidak sempat bertaubat"

Maka Nabi pun jatuh pengsan. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali.Sesudah sedar

Nabi Bertanya: Wahai Jibril, sungguh besar kerisauan ku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada orang umatku yang akan masuk Neraka?

Jibril: Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.

Mendengar jawapan itu, Nabi pun menangis terisak2, begitu juga dengan Jibril. Kemudian Nabi masuk kerumahnya dan tidak keluar2 kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang Nabi selalu menangis dan berdoa kepada ALLAH untuk keselamatan UMATNYA.

*Betapa sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya..Bagaimana pula kita sebagai umatnya...? Berbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, June 9, 2009

Suatu Ketika dulu...

Jangan disangka baby di atas itu perempuan. Walaupun pakai gelang, tetapi bknnya emas. Dah byk rupanya perubahan yang di lalui oleh Umar, dulu masa kecil nampak macam baby girl, now dah terlebih jadi superboy. Itulah kepentingan gambar....kalau x kita x sedar pun perubahan yg berlaku dalam kehidupan..

Suatu ketika dulu...Imah begitu gembira menerima Umar. Imah pun dah byk berubah. Ternyata betul kata orang tua2 iaitu " kalau tak di jolok, manakan dapat sagunya"

Thursday, June 4, 2009

Kapt Suhaimi




Kahwin juga sahabat aku ini. Tahniah . Aku antara orang terlewat sampai di rumah pengantin perempuan hari ini. Lauk masih ada, tapi aku rasa sedikit terkilan. Kedatangan kami macam tak di undang oleh tuan rumah. (ketika itu suhaimi tgh bergambar ). Maybe mereka x kenal, ataupun kami datang lewat, ataupun memang macam itu. Rasa menyesal timbul jua, tp setelah kemunculan suhaimi, perasaan itu sedikit reda. Tetapi ianya kembali setelah kami sekali lagi di tinggalkan. Anyway , tahniah...


Wednesday, June 3, 2009

Cerita Dinsman

Budayawan negara saudara Dinsman menceritakan pengalaman beliau sehari bersama MB Kelantan. Ikuti ceritanya:

' Minggu lalu sempat saya bersama 2 org rakan menunaikan solat subuh di Masjid Pulau Melaka. Berimamkan MB kelantan Tok Guru Nik Aziz. Selepas solat , seperti biasa MB ini akan memberikan tazkirah atau kuliah subuh selam 20 minit. Dan selepas itu, ada orang mendukung bayi dan meletakkannya di depan beliau untuk upacara membelah mulut dan menggunting rambut. Biasanya Tok Guru hanya menjalankan upacara itu pada pagi hari jumaat sahaja. tetapi rupa2nya hari2 lain pun sama. Pagi itu hari rabu ada 3 orang . Dan saya melihat MB melakukan dengan penuh prihatin, siap dengan doa mengakhiriupacara setiap bayi.'

' Dan selepas itu datang 2 orang lelaki tampil ke depan MB yang belum sempat bangundari sejadahnyaitu, dengan masing2 membawa sebotol air jernih dan bersih. Gaya mereka mahu MB membaca doa untuk tujuan tertentu. Dan Ya, MB tidak menolak. Manakah lagi ada Menteri Besar lain, di Malaysia ataupun mungkin di Dunia! yang ada masa untuk perkara2 seperti itu. Setiap pagi menjadi Imam solat di Masjidnya dan menyampaikan kuliah subuh. Dan sesiapa saja yang datang dari mana2 saja , boleh terus saja mendukung bayi ke hadapannya, tanpa perlu melalui apa2 bentuk tapisan. Dan pada ketika itu juga sesiapa saja boleh datang untuk bersalaman dengannya dan boleh bercakap dengannya. Tiada pengawal peribadi! Tiada sesiapa yang akan menghalang atau mengawal daripada mendekati Menteri Besar yang sudah 18 tahun memerintah Kelantan.'

-Begitu petikan cerita oleh saudara Dinsman. Ternya rakyat kelantan amat beruntung berpayungkan MB yang begitu Alim dan bebas dari segala perkara negatif. Bukan saja Ahli Pas yg menghormati beliau tetapi turut disenangi oleh semua. Semoga Allah SWT melanjutkan usia MB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Monday, June 1, 2009

Selamat Hari Jadi Na'im


1 Jun 09, Jam 1 tghari. Bertempat di Hotel Manan Inn. Majlis meraikan hari jadi Naim berlangsung dengan meriahnya. Tetamu jemputan terhormat terdiri daripada ahli2 dewan undangan 160c. Acara di mulakan dengan bacaan doa oleh ayahanda selama 15 minit. Separuh doa, tiba2 kedengaran Imah ketawa dan kelihatan ibu, Ma dan Naim turut menahan ketawa. Mungkin ada doa yg di bacakan mencuit hati makmum2 sekalian.

Menu pada tahun ini amat menarik sekali. tetapi sayang Uncle Hafez, Untie Liza, Dr Hanan, Farhan x ada. Kalau mereka ada lagi meriah.

Inilah kek harijadi! Pulut pelbagai warna yang di buat khas oleh Ma untuk Na'im. Tiada lilin tetapi takkala sudu itu mencedok pulut maka majlis itu telah di rasmikan.

Selain Pulut, hidangan di serikan lagi dengan Ketupat Sotong,Yong Tau Foo, dan Nasi berlauk.

Kepada Naim, selamat menyambut ulangtahun ke 21. So dah boleh daftar jadi pengundi. Bila mengundi nanti jangan lupa pangkah bulan. Semoga panjang umur dan bertambah rezeki.

Tuesday, May 26, 2009

Menteri Besar Mahkamah

Datuk Seri Zambry mengatakan bahawa Nizar lah yg membawa ke Mahkamah. Itulah reaksi nya bila Tok Guru melabel nya MB Mahkamah. Zambry sekali lagi mengatakan Tok Guru perlu diperbetulkan...Selaku peminat Tok Guru, saya amat terpanggil untuk tolong memberi penjelasan kpd mereka. Apa yg saya faham, Tok Guru hanya menyindir Zambry yang begitu takut untuk membubarkan DUN sehingga membiarkan Mahkamah mengistiharkannya sebagai MB dan bukannya datang dari majoriti rakyat. Takkan itu x faham. Jgnlah menyalahkan org lain. Sultan x bersalah tp ada golongan yg mengambil peluang yg terhidang untuk kepentingan mereka sehingga ramai yg mula menunjukkan derhaka. Bagi saya, kalau dengan Allah SWT kita dah biasa derhaka, tak mustahil sesama manusia..

Sunday, May 24, 2009

Over??

Pemilihan PAS akan berlaku dalam Muktamar akan dtg. Jika perasan, cuba bandingkan suasana, keadaan, semasa pemilihan Umno yg lalu. Byk bezanya, yg paling menonjol adalah ; semasa pemilihan Umno , ramai calon tawarkan diri bertanding merebut jawatan. Pemilihan PAS, ramai calon yang dicalonkan utk bertanding menarik diri bagi memberi laluan kpd muka baru. Rasionalnya, sebagai pemerhati kita boleh fikirkan niat dan keikhlasan mereka. Kalau hendakkan pangkat dan jawatan janganlah over sangat. Biarlah cool..macam Umar makan aiskrim atas katilnya.

Saturday, May 23, 2009

Pandangan terhadap Nizar

Saya terdengar beberapa pandangan dari beberapa org pendalaman dan yang kurang terdedah dengan Internet tetapi hanya menonton RTM dan TV3. Bagi mereka Datuk Seri Nizar memang jahat kerana tamakkan jawatan, derhaka, menyusahkan kerajaan, mengkucar-kacirkan negeri, dan sebagainya. Itulah realiti...bagi golongan ini. Ternyata RTM dan TV3 masih berupaya menpengaruhi pemikiran mereka. Bagi aku, tidak berguna untuk berbahas ataupun berhujah dengan mereka kecuali mereka mengetahui kebenaran dengan cara mereka sendiri. Kesian..sekiranya 10 tahun lagi semua rakyat celik IT, agak susah kerajaan BN untuk terus berkuasa. Pandangan aku sendiri dalam isu Perak, sama dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tg Razaleigh. Bubar dun, biar rakyat pilih. kalau tidak isu ini tak akan selesai sampai bila2. Kenapa BN takut sangat.? Tak yakinkah? Fikirkan boleh...

Thursday, May 21, 2009

Zoo Melaka...ok

Jam 130 ptg baru decide nak ke Zoo. Jam 2 ptg bertolak sampai jam 230 ptg. Makan+cari parking then jam 3 kami enter Zoo Melaka. Tiket RM7 seorang, kanak2 RM4. Murah compare to National Zoo.
Lebih baik dari Zoo Negara...walaupun kecil tp menarik. Lebih dekat dengan haiwan.

Mini safari mmg menarik. Tp letih...berjalan.





Umar nampaknya behave untuk sejam yg pertama. Tahniah! banyak perubahan.

Kami bagi ostrich ni makan curly fries yang tak habis makan tadi kat A&W.


Jauh datang nk tgk Rimau..tp dia tido pulak

Ketika ini Umar dah bosan dan mula mengganas... Ibu dah mula letih..menuju ke arah bad mood..tp masih terkawal.

Chimpanzee ke, singa ke, umar dah x kisah. Dia dah bosan dan mula mengeluarkan taringnya. So, kami cepat2 carikan aiskrim sebelum ianya merebak
Fakta Kedatangan kami ke Zoo Melaka d sebabkan Umar setiap hari sejak balik dari Muar sentiasa mengajak ayah tgk monkey. Sbb kat Tg Emas hari tu dia tgk monyet makan.
Fakta 2: Zoo melaka ternyata lebih baik dari Zoo Negara
Fakta 3: Aku dah x tahu nak pegi mn lagi

Friday, May 15, 2009

Aina's Tagg!

1. Anda rasa anda hot?

Dog? saya bukan hotdog

2. Upload gambar kegemaran anda.
Gambar raya thun lps. Jelas menunjukkan hubungan kekeluargaan yang kukuh dan sempurna
3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab jam dlm gambar menunjukkan jam 1125 pagi
4. Bila kali terakhir makan pizza?
Sejak negeri perak tukar kerajaan
5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Geng Bas Sekolah

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Tengok geng bas sekolah

7. Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Tuanhamba
8. Tag lagi 6 orang.
1. Umar
2. Imah
3. Tok Ayah
4. Tok Ji
5. Tok Guru
6. Tok janggut

Wednesday, May 13, 2009

From Moscow with Love

Dari Pasir Puteh, delegasi transit di Seremban 2. View di atas sewaktu matahari berlabuh. Rumah kecil tiang seribuku masih mampu menampung kekuatan delegasi seramai 12 org.Esoknya, delegasi semakin bertambah di R&R Air Keroh. Ayah su dan famili join sekaki dengan Mercedes barunya. Hanan dengan Evo10, Hafez dengan Accord nye, dan aku dengan BM....waja.

Tema merah kelihatan pada semua kecuali golongan haluan kiri.


Di hentian ini juga Pa & Ma naik kereta Mercedes bersama adik2nya bagi berbincang apa yg nak di perkatakan nanti.


Percayalah kami sampai Jam 10.30 pagi di Muar. Perjalanan ambil masa 1 jam dari seremban. Memang pantas. Walaupun waja, tapi maintain 150km/j sepanjang masa. Oleh kerna masa masih awal, delegasi bergerak ke rumah Datuk Seri Cik Lee. Dari rumah Cik Lee, delegasi ke Tg Emas bagi tujuan makan Mee Bandung Muar. Gambar kat atas ialah kawasan sekitar Tg Emas.

Inilah tempat berlabuh sementara ke sasaran yg di tuju. Masjid Kg Bakri ( Shida tlg betulkan kalau salah) .

Adat kelate bertembung dengan Adat Jawo. Maka hasilnya jadilah adat mudah dan senang berkira. Suasana berlangsung dengan aman dan harmoni. Tetapi awas! Umar cuba memakan buah anggur...


Akhirnya..Umar di bawa ke bawah...melakukan aktiviti tinjauan di saat semua sedang berbicara di atas.
Kaki siapa kah itu? Tetapi apa yg menarik ,Naim telah secara tiba2 menjadi jurukaka pihak perempuan.
Pada ketika ini sedang berlaku upacara mengambil gambar di tangga. Aku tidak di jemput, so aku ambil gambar mereka dari belakang..dan jangan lah mereka pandang belakang

Ayahanda sedang bertanya bilakah tarikh perkahwinan dan wang hantaran? Seperti yang di jangka..jawapannya seperti sudah di baca.

From Moscow with Love...dari Kelate ke Muar. Dari Sbn ke Tg Emas. dan dari Tg Emas ke Bakri telah tersesat...

Bakal Mak Mertua Hanan.

Kaki pasangan pd hari tersebut. Hanan pakai sandal dari Versace manakala Shida pakai kasut dari Jimmy Choo.

Tahniah adik2ku. So lepas ni fikirlah pasal Kahwin pulak.

Kenapa Ma menunjuk ke arahku? Mesti ada yang kelakar. Kesimpulannya, acara berlansung dalam keadaan baik dan lancar. Tahniah pihak penganjur! Makanan pun sodap, rempeyek pun sodap tapi sayang tempe tak ada...


Pada malam itu, acara makan besar akan berlangsung di Restoran Johnny, Jusco Seremban 2. Di taja sepenuhnya oleh Dr Hanan. Sementara menunggu hidangan ,. masing2 berehat atas kerusi Osim, termasuk Umar!

Umar, Uncle Hafez dan Ayah Cu. Di belai keras oleh Osim. Umar x ketinggalan membiarkan kakinya di urut.

Steamboat Time! Acara makan besar bermula. Steamboat Tomyam menjadi kuahnya. Rasanya... memang sodap.


Syukur..semua licin. Berbaloilah Dr Hanan keluarkan duit hampir RM 300.


Lastly, bagi pihak Tuan Rumah transit di Seremban, saya memohon maaf kepada delegasi sekiranya ketidakpuashatian semasa menginap di teratak hamba. Dagang hamba mengkuang layu... sekian