Budayawan negara saudara Dinsman menceritakan pengalaman beliau sehari bersama MB Kelantan. Ikuti ceritanya:
' Minggu lalu sempat saya bersama 2 org rakan menunaikan solat subuh di Masjid Pulau Melaka. Berimamkan MB kelantan Tok Guru Nik Aziz. Selepas solat , seperti biasa MB ini akan memberikan tazkirah atau kuliah subuh selam 20 minit. Dan selepas itu, ada orang mendukung bayi dan meletakkannya di depan beliau untuk upacara membelah mulut dan menggunting rambut. Biasanya Tok Guru hanya menjalankan upacara itu pada pagi hari jumaat sahaja. tetapi rupa2nya hari2 lain pun sama. Pagi itu hari rabu ada 3 orang . Dan saya melihat MB melakukan dengan penuh prihatin, siap dengan doa mengakhiriupacara setiap bayi.'
' Dan selepas itu datang 2 orang lelaki tampil ke depan MB yang belum sempat bangundari sejadahnyaitu, dengan masing2 membawa sebotol air jernih dan bersih. Gaya mereka mahu MB membaca doa untuk tujuan tertentu. Dan Ya, MB tidak menolak. Manakah lagi ada Menteri Besar lain, di Malaysia ataupun mungkin di Dunia! yang ada masa untuk perkara2 seperti itu. Setiap pagi menjadi Imam solat di Masjidnya dan menyampaikan kuliah subuh. Dan sesiapa saja yang datang dari mana2 saja , boleh terus saja mendukung bayi ke hadapannya, tanpa perlu melalui apa2 bentuk tapisan. Dan pada ketika itu juga sesiapa saja boleh datang untuk bersalaman dengannya dan boleh bercakap dengannya. Tiada pengawal peribadi! Tiada sesiapa yang akan menghalang atau mengawal daripada mendekati Menteri Besar yang sudah 18 tahun memerintah Kelantan.'
-Begitu petikan cerita oleh saudara Dinsman. Ternya rakyat kelantan amat beruntung berpayungkan MB yang begitu Alim dan bebas dari segala perkara negatif. Bukan saja Ahli Pas yg menghormati beliau tetapi turut disenangi oleh semua. Semoga Allah SWT melanjutkan usia MB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment