Saturday, May 23, 2009

Pandangan terhadap Nizar

Saya terdengar beberapa pandangan dari beberapa org pendalaman dan yang kurang terdedah dengan Internet tetapi hanya menonton RTM dan TV3. Bagi mereka Datuk Seri Nizar memang jahat kerana tamakkan jawatan, derhaka, menyusahkan kerajaan, mengkucar-kacirkan negeri, dan sebagainya. Itulah realiti...bagi golongan ini. Ternyata RTM dan TV3 masih berupaya menpengaruhi pemikiran mereka. Bagi aku, tidak berguna untuk berbahas ataupun berhujah dengan mereka kecuali mereka mengetahui kebenaran dengan cara mereka sendiri. Kesian..sekiranya 10 tahun lagi semua rakyat celik IT, agak susah kerajaan BN untuk terus berkuasa. Pandangan aku sendiri dalam isu Perak, sama dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tg Razaleigh. Bubar dun, biar rakyat pilih. kalau tidak isu ini tak akan selesai sampai bila2. Kenapa BN takut sangat.? Tak yakinkah? Fikirkan boleh...

No comments: