Wednesday, May 13, 2009

From Moscow with Love

Dari Pasir Puteh, delegasi transit di Seremban 2. View di atas sewaktu matahari berlabuh. Rumah kecil tiang seribuku masih mampu menampung kekuatan delegasi seramai 12 org.Esoknya, delegasi semakin bertambah di R&R Air Keroh. Ayah su dan famili join sekaki dengan Mercedes barunya. Hanan dengan Evo10, Hafez dengan Accord nye, dan aku dengan BM....waja.

Tema merah kelihatan pada semua kecuali golongan haluan kiri.


Di hentian ini juga Pa & Ma naik kereta Mercedes bersama adik2nya bagi berbincang apa yg nak di perkatakan nanti.


Percayalah kami sampai Jam 10.30 pagi di Muar. Perjalanan ambil masa 1 jam dari seremban. Memang pantas. Walaupun waja, tapi maintain 150km/j sepanjang masa. Oleh kerna masa masih awal, delegasi bergerak ke rumah Datuk Seri Cik Lee. Dari rumah Cik Lee, delegasi ke Tg Emas bagi tujuan makan Mee Bandung Muar. Gambar kat atas ialah kawasan sekitar Tg Emas.

Inilah tempat berlabuh sementara ke sasaran yg di tuju. Masjid Kg Bakri ( Shida tlg betulkan kalau salah) .

Adat kelate bertembung dengan Adat Jawo. Maka hasilnya jadilah adat mudah dan senang berkira. Suasana berlangsung dengan aman dan harmoni. Tetapi awas! Umar cuba memakan buah anggur...


Akhirnya..Umar di bawa ke bawah...melakukan aktiviti tinjauan di saat semua sedang berbicara di atas.
Kaki siapa kah itu? Tetapi apa yg menarik ,Naim telah secara tiba2 menjadi jurukaka pihak perempuan.
Pada ketika ini sedang berlaku upacara mengambil gambar di tangga. Aku tidak di jemput, so aku ambil gambar mereka dari belakang..dan jangan lah mereka pandang belakang

Ayahanda sedang bertanya bilakah tarikh perkahwinan dan wang hantaran? Seperti yang di jangka..jawapannya seperti sudah di baca.

From Moscow with Love...dari Kelate ke Muar. Dari Sbn ke Tg Emas. dan dari Tg Emas ke Bakri telah tersesat...

Bakal Mak Mertua Hanan.

Kaki pasangan pd hari tersebut. Hanan pakai sandal dari Versace manakala Shida pakai kasut dari Jimmy Choo.

Tahniah adik2ku. So lepas ni fikirlah pasal Kahwin pulak.

Kenapa Ma menunjuk ke arahku? Mesti ada yang kelakar. Kesimpulannya, acara berlansung dalam keadaan baik dan lancar. Tahniah pihak penganjur! Makanan pun sodap, rempeyek pun sodap tapi sayang tempe tak ada...


Pada malam itu, acara makan besar akan berlangsung di Restoran Johnny, Jusco Seremban 2. Di taja sepenuhnya oleh Dr Hanan. Sementara menunggu hidangan ,. masing2 berehat atas kerusi Osim, termasuk Umar!

Umar, Uncle Hafez dan Ayah Cu. Di belai keras oleh Osim. Umar x ketinggalan membiarkan kakinya di urut.

Steamboat Time! Acara makan besar bermula. Steamboat Tomyam menjadi kuahnya. Rasanya... memang sodap.


Syukur..semua licin. Berbaloilah Dr Hanan keluarkan duit hampir RM 300.


Lastly, bagi pihak Tuan Rumah transit di Seremban, saya memohon maaf kepada delegasi sekiranya ketidakpuashatian semasa menginap di teratak hamba. Dagang hamba mengkuang layu... sekian







1 comment:

norulaina said...

waa.. best & menariknye :) dpt mkn steambot lg tu..