Friday, April 24, 2009

kkiiiki

Olympic Pool

Percayalah pool ini kami beli RM 10 jer. Brand new lg. Berbaloi, coz umar memang akan berendam dari pagi ke petang selagi air belum kering. Kakak pun lebih kurang, kalau Umar terken**ng pun dia sanggup main lagi.

Sunday, April 19, 2009

HP Service Ctr

Terletak di Bukit Damansara. Semua org tahu. Skrg ada 2 my item kat situ. Satu my Laptop dan keduanya my PdaPhone. Gambar di atas sewaktu menghantar repair my PDA ke situ. Layanan amat mesra tetapi charge nya amat mahal. My PDA repair cost about RM 700 n my lappy still under investigation. Baru skrg realize that most of my "gadjet" under HP label.

Wednesday, April 15, 2009

Puisi untuk FAUA





Nun jauh kelihatan sebuah rumah teres lot tepi
Yang tua berkasut roda Barbie
Yang muda bersepatu BoB The Builder
Sekejap kehulu, sekejap ke hilir
Sekejap gelungsur, sekejap AngelFish
Little Tikes cozy coupe sudah melanggar pagar
Begitu juga Fisher Price tricycle di hujung sana
Kereta2 di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Mereka budak2 baru hendak belajar
Kalau salah maafkan saja
Fatimah Azzahra & Umar Alamgir...

Monday, April 13, 2009

Restoran Johnny

Umar n Nasi Telor Bungkus
Steamboat!

Restoran Johnny di Jusco Seremban 2. Bersama2 Naim ( Ayah Chik) kita go for steamboat. The best Steamboat yang pernah saya makan. Ini merupakan kali ke 4 kami kesini. Tetapi percayalah steamboatnya memang sedap! So kepada penggemar steamboat inilah tempatnya. Harganya juga berpatutan , lebih kurang jer kalau makan dekat Kenny Rogers. Untuk 4-5 orang anggaran RM 100++ termasuk drinks. Berbaloi...


Sunday, April 12, 2009

Ke Tali Gantung jua

Akhirnya kisah mongolia sampai ke hujung. Banyak pengajaran yang boleh di amati untuk semua. Kesetiaan dan kepatuhan ada juga hadnya. Moral yang pertama ialah Perintah yang dijunjung perlu di tafsir kebaikannya. Kedua , janji manis tidak semua menjadi nyata. Ketiga, berwaspadalah di sekeliling kita, tak semua manusia berhati mulia. Keempat, ingatlah sesuatu yg buruk di balas buruk. Yang terakhir, keluhuran perlembagaan buatan manusia tidak dapat mengatasi Hukum Allah SWT.

Tuesday, March 24, 2009

Post by Umar

Post sebelum ini telah di edit oleh umar. Dalam sedar x sedar, umar dah mampu edit blog. Boleh masuk dalam ripley's. Pasal petua yang di beri oleh Aina tu semuanya betul. Lebih2 lagi no 38. Kalau semua isteri berbuat macam itu nescaya pupuslah kes2 penceraian dalam masyarakat. Syukur kpd Allah SWT kerna di kurniakan isteriku. Walaupun tak kesemua petua diamalkan tetapi hampir majoritinya sedang dipraktikkan. Kepada Aina, tahniah kerana menyedarkan kaum sejenis betapa pentingnya cara2 menjaga suami. So selepas ini di harap petua menjaga isteri pula akan di beri agar dapat mengimbangi keadaan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari bapa yang akan menjelma pada masa hadapan kepada semua bapa2 dan bakal bapa (termasuk yang akan bertunang).

bvbvvvvvvvvvvvvvvvnnnnnnnnnnnnnnnnnvbvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvbbbbbbbbbbbbbbbvvvvvvvvvv

xcx1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk az. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Sunday, March 8, 2009

Maulud

Semua rakyat malaysia cuti x kira Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Tetapi apakah yg membezakan Islam dan Agama lain sekiranya pada 9 Mac kita turut sama memeriahkan shopping complex atau pun bercanda di Pantai PD? Kristian, Hindu dan Buddha pada 9 Mac akan mengambil peluang untuk berehat dan bergembira. Manakala umat Islam mungkin x terkecuali. Moralnya, buatlah sesuatu agar pengikut agama lain tidak memandang serong pada Islam. Nak tiru perangai nabi mungkin mustahil, tetapi kalau boleh buat satu perkara sunnah pun sudah memadai untuk menyatakan cinta kita kepada baginda( bkn Razak Baginda). Razak Baginda sekarang sudah jauh meninggalkan Malaysia.Mungkin takkan balik lagi. Mungkin juga namanya akan terpadam sebagai seorang rakyat Malaysia pada masa depan. Namun kisahnya akan terpahat dalam sejarah perundangan negara sebagai

Saturday, March 7, 2009

Suatu Ketika dulu...

Suatu ketika dulu...bagiku umar lebih kacak bila berambut begini. Namun Mem Besar kata tak cantik dan nampak kesian. Oklah. Tapi hari ni bila terlihat gambar ini...mengimbas kembali betapa susahnya hendak membawa Umar ke salun atau kedai gunting. Umar berbeza dengan Kakaknya, dia lebih segala-galanya kecuali Kasih sayang Neneknya. Kakak Imah dibesarkan ketika kami dalam serba kekurangan dan susah tetapi Umar, serba serbi ada. Syukurlah kpd Allah SWT di atas kurniaannya..

Friday, March 6, 2009

3 "TA"

3 perkara "TA" yang mampu mengubah seseorang lelaki. Pertama, TahTA. Ertinya bila dah ada kedudukan, seseorang itu akan mula rasa hebat dan mula melupai segala pengorbanan orang lain kepadanya seketika dulu. Kedua, HarTA. Bila dah ada duit, maka dia akan melupakan nasib orang2 miskin. Berbelanja tanpa had sedangkan dia lupa untuk hak ibubapa dan fakir miskin juga berhak ke atas hartanya. Akhir sekali, dan yang paling power ialah WaniTA. Wahai kaum lelaki, janganlah disebabkan seorang perempuan kamu membelangkangi ibubapamu, kaum keluargamu dan kawan2mu. Tetapi ini adalah realiti pada hari ini, ternyata kelemahan lelaki terletak pada wanita jua.

Di sampingmu

Bilaku rindukan wajahmu..
Ku pandang potret indahmu
Memang itu tak cukup bagiku
Hanya itu yang ku termampu

Selang sepurnama di perantauan
Hari itu yang kita nantikan
Bertemu kita di perlabuhan
Melepas rindu yang terpendam
(Chorus)
Memang itu yang ku impi
Memiliki permata seperti mu
Telah lama ku cari cinta sepertimu...


Kau punya kelembutan
Punya perasaan seperti ku
Oh..bahagia hidupku di sampingmu...

Kau pun cuba merajuk hatiku
Sentiasa indah walau dalam duka
Hatiku tak henti2 berkata
Kau matang seorang wanita

Jika bisa wujud perkara mustahil
Ku ingin bawa kau terbang tinggi
Tempat yang tiada penghuni
Kita bahagia dan menyanyi..

Sunday, February 22, 2009

Berpisah sementara

Fyi, my wifey & Umar berada di Kampung sejak hari Jumaat yg lepas atas urusan bisnes. So Imah dan Ayah duduk kat rumah, nasib baik Naim ada untuk melayan Imah. Selepas satu hari, Imah mula menyatakan rindu pada adiknya. Katanya... ada baik dan tak baik, yg baik Adik x kacau dia main dan x baiknya ..dia rasa sunyi. Memang betul, hanya Umar akan memeriahkan rumah kami dengan jeritan dan tangisannya. Rupa-rupanya tangisan juga merupakan terapi dalam penyakit sunyi.

Saturday, February 21, 2009

Thomas & Friends

Itulah fav baju umar. Dulu panggil "thay2", now dah boleh sebut "thomes n fen". Pengaruhnya amat besar kpd umar dan kami. Wallpaper kat pc sudah tentu, bag, toys, baju, towel dan books , semuanya thomas & friends. Selain thomas dia turut minat Bob, Pingu dan Danny&Daddy. Hopefully bila besar nanti dia akn mula meminati tokoh2 ulama, Imam2 besar dan Tokoh2 pemikir bangsa & negara.

Friday, February 20, 2009

Untukmu Sarapina...

Kedatanganmu tak ku undang,
Membawa keceriaan anak sulungku,
Rumahmu, tilammu, dan biskutmu,
Tersedia dan terpelihara,

Dulu sarapina kemudian pinki,
Pernah dicuba menjadi Tam Tam,
Makananku makananmu jua,
Kakiku mangsamu juga,

Dari rupamu terbayang kekuatan,
Warnamu melambangkan wira,
Bertemu musuh tak pernah gentar,
Akhirnya busuk laman rumahku,

Wahai sarapina makhluk Tuhan,
Kita sama tapi x serupa,
Pergimu menghilang tak ku kenang,
Selagi Imah masih lalu untuk makan.

Tuesday, February 17, 2009

Nokia E90 Comunicator

I just bought this smartphone for my wifey as a birthday gift. I hope it will make her more stronger and think positively in her business. But my love to her ...priceless... yg lain biar Mastercard uruskan.

Monday, February 16, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Last Day

Selepas check-out dari Park Avenue, kami terus bergerak balik ke seremban. On the way, kami singgah lunch kat Juru bagi mengenang kembali Mee Udang dan Ketam yang sedap kt situ. Semasa kami tinggal di Penang dulu , mee ketam dan udang disini memang sentiasa menjadi pilihan. Rasanya masih seperti dulu.
Bagi penduduk seberang prai restoran ini memang tidak asing lagi. Mengikut penduduk Penang, ada 1 lg Mee Udang yg enak iaitu d Telok Kumbar( Restoran Salwa) . Kami gagal dalam misi ke restoran salwa kerana ia ditutup semasa kami sampai.

Selepas lunch, kami terus belayar ke selatan. Then ternampak signboard Zoo Taiping, so terus exit menghala ke Taiping. Lg sekali kami dihampakan kerana zoo dah nak tutup. So, kami just pusing sekeliling taman tasik sebelum meneruskan perjalanan.
Kelihatan sekumpulan monyet berada di tepi jalan. Oleh kerana dah kempunan nk masuk zoo, so kami berhenti bagi melayan kumpulan haiwan ini. Imah, Umar semuanya takut termasuk ibunya juga kecuali Ayah yg sudah biasa begelumbang dengan binatang buas.

Sunday, February 15, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 5

Perjalanan seterusnya ke Sg. Petani.Actually tempat yg dituju ialah Pendang, tp cos kt situ x ada Hotel, kami akan stay kt SP. Kami memutuskan naik Jambatan kerana free.
Rupa-rupanya skrg ,Jambtn dalam proses perlebaran. Begitu juga dengan menara utama perlu di tambah alat penyokong kerana jalan akan bertambah besar.

Sampai saja di SP, kami terus check in di Park Avenue Hotel. Nice hotel dan amat berpatutan. Yang paling penting bg Imah ialah Swimming pool mesti ada.


Selepas check in. Kami mulalah meronda Bandar SP. Jalan2 cari makan. Fakta; sepanjang tour kami pd kali ini , setiap dinner pasti western food. Masa kt baling kami makan chickenchop yg paling sedap, kat Kangar go for KFC, kat Bayan Lepas lamb/f&chips kat giant, then kat SP sekali lagi kami makan chicken/lamb chop tp x sesedap di Baling. Ini semua kerana mengikut selera Imah & Umar.

Then, aktiviti yg di tunggu oleh Imah. Kami sekeluarga sahaja yang conquer pool kat cni.

Nice pool..at level 3.

Park Avenue Hotel telah dipilih oleh kami sekeluarga sebagai tempat terbaik untuk menginap berdasarkan faktor faciliti, harga dan layanan






Saturday, February 14, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 4


Hotel Seri Malaysia , Bayan Baru

FYI, tujuan kami mengembara ke utara adalah atas urusan kerja. Saya telah di tugaskan untuk memantau pemilihan bakal perantis TD di bahagian utara. Bermula di Baling, Kangar, Bayan Lepas dan berakhir di Pendang. Pada hari ini, kami ke Bayan Lepas. Selepas rikki tempat pemilihan, kami mencari tempat tido. Cari punya cari hanya Seri Malaysia yg paling dekat dan sesuai. Giant, Bayan Baru






Friday, February 13, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 3

Hari ini kami akan meninggalkan Kangar. Imah amat sedih.
View dari Bilik 918 Putra Palace.
Umar bersiap-siap untuk checkout.

Destinasi seterusnya ialah Pulau Pinang. We prefer Feri, coz Umar x pernah naik lg. Tapi Imah dah banyak kali. Itupun sebab dulu kami tinggal kat Penang selama 6 Bulan. Selamat Datang ke Pulau Pinang!