Sunday, September 28, 2008

Balik


Hari ini kami balik. Sebelum balik singgah sekejap butik crocs. Nak beli selipar getah. Tahun ini semua pakai selipar getah crocs. Selamat Hari Raya dan semoga Allha SWT panjangkan umurku...amin

Friday, September 26, 2008

Wisma Perwira

My wifey tidak berselera nampaknya...
Tapi Imah berselera...
Umar..biasalah x mahu makan...nak berlari saja.
Sesi bermain bunga api

Hari ini ada majlis berbuka di Wisma Perwira KJLJD. Sebagai ahli mes adalah wajib hadir. Diatas adalah beberapa suasana majlis tersebut. Berbalik kepada majlis reunion, rasanya ramai tak dapat hadir... sebab sekarang dah berkeluarga dan sebagainya. So kira batal lah kot. Kita buat kat KL after raya ok x? Aina sebagai penganjur...setuju? Tempat yang dicadangkan ialah Masjid Wilayah atau Masjid Putrajaya...

Thursday, September 25, 2008

Tarikh

Setelah diperkenankan oleh duli yang maha mulia Raja2. Maka saya dengan ini menetapkan tarikh reunion pada hari Jumaat 3 syawal jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tghari. Kepada sesiapa yang terlibat sila hadirkan diri. Yang mesti hadir ialah penganjur iaitu Aina dan suami, dan semua my sepupu's tak kira dimana anda berada. Anda dinasihatkan membawa sedikit makanan dan surah yassin. Sebarang pertanyaan sila hubungi Aina. Sekian.

Raya Kembali...

Dari kiri : Uncle Hafez, Farhan A.K.A Jodik, Ma, Imah dan Wifey
Dari kiri : Ayah Chik Naim, Umar dan Pa
Gambar2 diatas diambil semasa raya tahun lepas di Kg. Tanah Merah Kerandang. 4 hari lagi saat itu akan berulang lagi. Tapi pada kali ini nasib tidak menyebelahi kami kerana My gen2 kena overhaul. Habis dekat RM2000. So habislah duit bonus. Macam mana nak beraya ni? Sekarang raya pakai duit....

Reunion

Haha..kepada Aina, bila nak buat reunion ni? My plan kalau boleh on Hari Raya ketiga. Kalau ada rancangan lain sila kemukakan. So , untuk perjumpaan tersebut kita buat kat Kg Gong Kemuning. Manakala untuk aktivitinya ialah bersembang 1 jam, kemudian sembahyang Zohor berjemaah, Zikir & Wirid dan last sekali sessi karaoke lagu nasyid. Ok tak?

Wednesday, September 24, 2008

Maid ku sudah lari..

Beginilah keadaan dapur kami yang dah mula x terurus...

Alkisahnya maid kami hanya bertahan 4 hari sahaja sebelum menghilangkan diri. So, keadaan rumah sedikit merosot dari segi prestasi kemasnya. Kesian my wife, dahlah terpaksa menjaga kanak2 terbuas di N.Sembilan, jaga bisnes, jahit baju raya dan memasak untuk Imah. Tak tercapai nak buat semua tu. Maybe kita akan cuba dapatkan pengganti lepas raya nanti....so kepada my wifey, tabahkan hati , kuatkan semangat nanti beta tolong basuh pinggan tu selepas qiammulail malam nanti...

Monday, September 22, 2008

Sepupuku...





Haha...akhirnya kalian tertangkap jua. Inilah Sepupuku Nazifah. Atau di panggil Effa oleh Bf nya yang bernama Anuar Ibrahim. Daripada gambar di atas, saya syorkan agar DSAI cepat2lah masuk meminang. Tiada masalah, kalau x cukup duit boleh pinjam kooperasi tentera.

Seremban Parade


Hero of the month

Hari paling letih. Kejar umar kesana-kemari. Ibunya enjoy memilih baju. Ayahnya berkorban demi kebahgiaan ibu. Itulah senario umat zaman sekarang. Dah masuk 10 malam terakhir.. maka say no to shopping! Dah tiba masa beribadat. Semoga berjumpa lailatulqadar... InsyaALLAH


Sunday, September 21, 2008

Kedai..oh kedai

Nampaknya, rumah kami dah macam gudang pecah.Apa lagi barang2 dari secondbargainbox la. So by hook or by crook lepas raya nanti operasi mencari kedai akan dilancarkan. Kena bukak kedai jugak. Supaya keadaan lebih teratur dan mendamaikan rumahtangga. Lagi satu, bersyukurlah kucing kami dah tiada. Bukan mati tapi diserahkan pada my sister in law. Semoga Allah SWT memberkatinya...

Saturday, September 20, 2008

Hyperactive..


Umar pada malam di Guoman memang tak terkawal. Semua yang berbuka kat situ telah menjadi saksi termasuk beberapa staf hotel tersebut. Datang dalam keadaan kering balik dalam basah kuyup. Sepanjang kami berbuka, kerjanya adalah meronda-ronda sambil berlari, sekejap berhenti main air, sekejap baring atas lantai. Sepanjang itu juga tiada satupun jenis makanan yang dimakannya. What to do...bersyukurlah kepadaAllah SWT kerana dianugerahkan seorang anak yang sihat walaupun terbuas di Negeri Sembilan.

Thursday, September 18, 2008

Kiambang bertaut

Sesi pertemuan 4 mata antara Tok Guru dan Mustaffa Ali

Akhirnya kemelut itu dirungkaikan. 16 sept lalu Tok Guru mengkritik Mustaffa kerana tidak yakin dengan DSAI. Kemudian isu itu telah di hebahkan seolah-olah berlaku keretakan dalam PAS. Namum ianya telah berakhir...

"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," kata Datuk Mustaffa Ali.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS.


Guoman Resort

Dari kiri: My wife, imah , me and Nazrul
Inilah kanak2 terbuas di N.Sembilan

Semalam, kami berbuka di Guoman, PD. Terima Kasih kepada En Nazrul ( Managing Director of Rangkai Perintis) kerana berbesar hati menaja kami dan juga my staf and their family. Semoga penajaan ini tiada udang di sebalik mee.... Actually me and Nazrul adalah kawan walaupun dia adalah kontraktor saya. Kerja tetap kerja, makan tetap makan.
.

Top Commentator

dari kiri Ijah,Aina,Dik Ahh dan Hamba Allah SWT
Haha.. blog saya ni memang kurang orang komen. Tapi adalah sorang ni yang paling banyak komen iaitu my sepupu, Aina. So tahniah kepada anda kerana berjaya menjadi top commentator dalam blog yang tiada orang komen.

Wednesday, September 17, 2008

..........

..............

Peralihan Kuasa ...belum lagi?

Nampaknya x berjaya hari ini. Walauapapun alasan DSAI hari ni, Pakatan belum berjaya. Kita tunggulah.Baru sekejap tadi tengok BernamaTV, PakLah berucap dalam keadaan lemah longlai, dan tiada ciri2 pemimpin langsung berhubung perletakkan jawatan Zaid. Apapun saya respek kepada Zaid kerana berpendirian tegas dan berjaya membuka mata semua dalam isu ISA. Beginilah sikap seorang pemimpin yang berani menyatakan kebenaran. So, kepada Zaid bolehlah mendapatkan borang keahlian PAS..

Monday, September 15, 2008

Politik melampau..


Detik 16 september malam ini.....banyak sangat spekulasi.. Kerajaan Pak Lah sudah main kotor. Banyak isu sensitif diada-adakan dan diwar-warkan. Esok diura-urakan ada perarakan PKR ke istana sedangkan Pejabat PKR menafikannya. Apa ini? Hendak sangat rakyat dalam ketakutan..seolah-olah PKR membawa bencana dan masalah. So, kepada rakyat Malaysia berfikirlah secara matang.. bertenang jangan melatah. Biarkan mereka bersandiwara, sama2 kita tonton. Ingatkan esok harga minyak turun lagi 50 sen.........

Sunday, September 14, 2008

9029


Haha.. sebenarnya panjang ceritanya... tetapi setelah dipendekkan ianya berbunyi begini...tersebutlah kisah sepasang suami isteri ( my pa & ma) teringin membeli kereta baru pada waktu itu tahun 1986. Ketika itu mereka pakai kereta Mitsubishi Lancer. So bila Dr M melancarkan kereta nasional pertama negara iaitu Proton Saga , maka mereka amat berminat untuk membelinya. Setelah menjual Lancer, mereka membeli Proton Saga Special Edition dengan no Plat DQ 9029. After that, segala no mesti 9029. termasuklah password internet, kereta kancil, kereta waja, my Gen2, Accord my bro dan terbaru Hanan Lancer. Begitulah.... untuk infomasi lebih detail sila tanya sendiri dengan my father..

Thai ekspress

Thai Laksa-very the pedas!
thai kuew teaw
Kami sekeluarga berbuka d the curve. Oleh kerana semua restoran penuh, kami pun masuklah sebuah restoran bernama thai ekspress. Kami makan Thai laksa, kuew teaw, nasi goreng nenas dan pulut mangga + 3 air. Total Rm 87.65. Memang mahal dan tak berbaloi langsung( bagi golongan sederhana seperti kami). So for the future, say no to thai ekspress..

Majlis Berbuka Puasa


Cik Ida a.k.a Tukang air

Akhirnya berlangsunglah majlis yang gilang gemilang tersebut(malam tadi)... Kehadiran saya sekeluarga dan my sepupu, Norshan sekeluarga telah menyemarakkan api kemeriahan. Terima kasih Ayah Su sekeluarga dan juga Aina yang banyak menyumbangkan kuih-muih.

Kelihatan beberapa contoh lauk-pauk untuk berbuka.

Thursday, September 11, 2008

Tahniah

Tahniah to my bro cos dah dapat first car. Sesuailah dengan doktor memandu Lancer ni. So, sebagai abang yang sulong , saya turut menumpang gembira. Tahniah usaha keras anda akhirnya berjaya. Lagi satu kereta ini juga turut meneruskan tradisi no 9029. Setakat ini 6 buah kereta menggunakan no 9029 dalam keluarga besar kami. Tetapi mengapa 9029? Apa istemewanya no tersebut?Persoalan ini akan di jawab oleh my bro nanti...

Streamyx Combo..


Dah lama x update blog ni mahupun mysalesblog. Ini berpunca putusnya line internet kat rumah. Kami dah terminate line celcom broadband kerana prestasi tidak baik. So, sekarang dalam proses untuk installation TM Streamyx 2.0 Mbps. Maybe today ataupun esok kami akan dapat online kembali. Terasa hidup tidak lengkap tanpa internet...

Sunday, September 7, 2008

Majlis Berbuka Puasa

Desas-desus semakin kuat akhir-akhir ini berkenaan majlis ini. Khabar2 angin bertiup kencang seolah olah ianya akan benar2 berlaku. Begitulah akan berlaku majlis berbuka puasa di rumah Ayah Su beralamat Jln Qiraati, Sg Ramal Dalam, Kajang. Adakah kami sekeluarga dijemput? Itu bukan masalahnya. Jemput atau tidak kami akan tetap menyerbu jua...


Di sinilah majlis tersebut akan berlangsung. Kelihatan beberapa orang tukang masak sedang membuat persediaan.

Inilah Ketua Tukang Masak. Namanya Ati. Seorang pensyarah.

FIL & Kucing


Bismilallhirahmanirrahim.. pertamanya happy belated birthday to my FIL. Sorry terlupa ur birthday..itupun tahu bila baca blog Hanan. Hopefully ur Mum also bertambah sihat. Jagalah ibumu ketika beliau memerlukanmu. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih kawan2 masa berada. Teruskan menabur bakti kepada ibu..
Seterusnya pasal kucing. Takdir dan waktu aku terpaksa menerima 3 ekor kuching dalam rumahku. Walaupun aku amat tidak menyukainya. Tetapi demi Anakku dan isteriku terpaksalah. Mungkin ada hikmahnya. Harap2 begitulah.

Thursday, September 4, 2008

Batu Pahat



Selamat tinggal batu pahat...

Monday, September 1, 2008

Menang jua akhirnya....


Budak2 aku menang jua akhirnya dalam pertandingan ini. Sebagai penasihat pasukan aku turut menumpang bangga.

Terbuktilah teori "kerja keras lebih baik dari bakat" Ini kerana budak2 ni bukannya budak2 pandai atau cerdik. PMR tak ada yang dapat lebih dari 2A. English dapat gred c jer. Semuanya budak kampung dari keluarga susah. Tapi mereka telah membuktikan mereka lebih baik dari pelajar dari Kolej Tungku Kursiah, Sekolah Sains Selangor, Convent Bkt Nenas, St John K.Lumpur, dan semua sekolah dari Kuala Lumpur dan negeri sembilan. Bersyukurlah kepada Allah SWT...