Rakyat Melayu semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.
Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Fikirkanlah..
Thursday, November 27, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Stroller Umar
Safety 1st QuickSmart Stroller
Sejak kami berniaga barang2 baby, sedar x sedar umar dah ada 4 Stroller. Quinny Zapp, Mothercare Urban Detour, Safety 1st QuickSmart dan yang terbaru Esprit Jogger. So, Quinny dah langsung x guna dok terperap dalam bagnya. Yang kerap diguna ialah Safety 1st QuickSmart kerana ianya paling kecil dan ringan serta sesuai untuk kancil kami. Mothercare pun dah jarang sejak kehadiran Esprit Jogger. We plan to let go that Mothercare bila tiba masanya. Quinny Zapp tidak akan dijual kerana ianya kami beli sebelum umar lahir dan kami beli dengan harga retail . Namun, walaupun banyak stroller, kami belum mampu memaksa Umar untuk duduk lebih dari 10 minit di atasnya.
Monday, November 24, 2008
Penolong Ketua Pengawas
Memang tidak ku sangka kerja sebegini. Walaupun tidak letih macam PT tapi mengambil masaku. 5 hari seminggu sudah mesti. Dari 6.30 ke 5.30 ptg setiap hari. Pengawas biasa memang rileks. Siap boleh cuti 5 hari. Ku cuba bagitau SEO, tapi aku kena perli seolah-olah aku banyak masa free. Sampaikan ku nak minta cuti Seo x bagi. SO bilakah masa aku boleh bercuti? Tahun ini hanya hari raya saja yang bagi..Bila ku ceritakan ...mereka x percaya tugas ku sebegitu sekali. Tahun depan tidak mungkin ku terima Penolong KP lagi.. kecuali sebagai Pengawas biasa.
Thursday, November 20, 2008
Sharizat atau Rafidah?
Isu ini tengah hangat skrg. Pada pendapat saya, sharizat lebih baik sikit dari Rafidah. Ramai yang setuju. Rafidah dah lama, dan apabila dah lama maka lebih banyaklah keburukannya. Bagilah peluang Sharizat menunjukkan keburukannya pula. So, ramai dah boleh agak Sharizat akan jadi ketua cuma masa yang menentukan. Walaubagaimanapun perlu diingat kedua-duanya dari golongan yang kalah..
*Info: Sharizat pernah membeli toys di secondbargainbox!
*Info: Sharizat pernah membeli toys di secondbargainbox!
Tuesday, November 18, 2008
SElamat Hari Lahir Umar Alamgirr!
Dari kiri Hadiah dari Ibu , Ayah dan Imah.
Terimalah hadiah Theyy!Theyy! book dari Ayah.
Terimalah hadiah Theyy!Theyy! book dari Ayah.
Umar telah mencapai umur 2 tahun pada 8 Nov yang lalu. Pada ketika itu kami sekeluarga berada di Batu Pahat. So , sambutan harijadinya di tunda sehingga pada 15 Nov yang lalu. Kehadiran dalam majlis tersebut hanyalah 4 orang iaitu Ibu, Ayah, Imah dan Umar sendiri. Maybe Ibu akan post N3 pasal majlis tersebut nanti. Walaubagaimanapun , Selamat Hari Lahir Anakku yang bongsu!
*Untie2 & Uncle2 harap maklum.
Saturday, November 15, 2008
Please vote 4 secondbargainbox
Kepada pembaca blog ku yang tak seberapa ini.,Tolonglah vote sales blog aku ni. Click here please!!!
* To my bro Dr.Han, please put this n3 to ur blog.
Friday, November 14, 2008
Hari Anugerah Cemerlang
Akhirnya Imah dapat juga anugerah cemerlang walaupun mencatatkan kehadiran ke sekolah yang terendah di SRK Seremban2. Tahniah anakku! Ayah bangga denganmu...walaupun suka ponteng sekolah, tengok TV, Main game tetapi masih mampu membanggakan kedua orang tua. So, apa lagi Imah, lepas ini terus mintak hadiah dari Uncle2 dan Untie2.
Friday, November 7, 2008
Surat untuk isteriku
Thursday, November 6, 2008
Konvo UITM
Aku akhirnya mendapat surat untuk konvokesyen bagi program diploma aku. Terbalik, aku dapat degree dulu baru dapat diploma. Tapi x kisah, diploma free siapa x nak. Majlis konvo aku di jadualkan pada 1 Dis 08 sidang pagi di Dewan Sri Budiman. Nak hadir ataupun tidak? Rasanya macam malas sebab banyak benda kena bayar disamping kerja sekarang tengah banyak... tengoklah nanti. For ur info, Diploma aku ini hanya mengambil masa 10 Bulan saja dan pasti lulus. Senangkan...
Wednesday, November 5, 2008
Blog Umar hendak dibubar?
Crocs akhirnya dibasuh...
Akhirnya my wifey membuat keputusan untuk membasuh kesemua crocs kecuali terrain kerana sudah kotor. Especially Umar punya. Inilah kelebihan Crocs, proses membasuh 4 pasang kasut hanya mengambil masa 10 minit. Kotoran senang tanggal kecuali terkena Permanent Marker. Kepada Daddywise, jangan menyesal...pembelian anda pembelian bijak.
Subscribe to:
Posts (Atom)