Saturday, August 30, 2008
Bajet
Pada pendapat saya, bajet pada kali ini ialah untuk mempertahankan kerajaan BN pada 16 sept ini. Targetnya tentulah untuk Sabah & Sarawak. Bajet cuma cadangan, jangan tertipu. Tak semua perancangan dalam bajet akan terlaksana dengan baik selagi wujudnya gejala rasuah. So, jangan gembira sangat....saya lebih gembira kalau kerajaan umumkan penurunan harga minyak sebanyak RM1 selittter.!
Tuesday, August 26, 2008
Anwar menang!
Yes! DSAI dah menang. Tahniah, so 16 Sept ni tukar kerajaan kot....Tapi saya x nak komen banyak sebab masih dalam kegeraman walaupun dah reda. Sebenarnya Kereta Gen2 saya hilag bebrapa hari lepas. Yang ambil sudah dikenalpasti, dan dia dah menjualkannya kepada orang lain sebelum dijumpai oleh saya. So, saya berazam untuk mencari lelaki india ini walau kemana sekalipun. Wanted!VIJIANTHIRAN AL CHANDRA SEKARAN 800322 05 5537. Sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya beliau akan diberi ganjaran oleh ALLAH SWT di akhirat kelak... InsyaALLAH..
Thursday, August 21, 2008
Permatang Pauh

Pada pendapat saya, pilihanraya kecil kali ini kurang meriah. Mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya: 1. Usin Bolt telah memecahkan rekod dunia 2. Phelps dapat 8 emas 3. China dapat banyak emas 4.etc. Walaupun begitu pilihanraya kecil ini juga menyebabkan sambutan hari kemerdekaan negara tidak meriah walaupun telah seminggu dilancarkan. Tidak banyak bendera dikibarkan, mungkin masing sibuk berkempen, memasang poster, mendengar ceramah dan juga tengok siaran langsung olimpik. Apa2 pun selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51. Merdeka! 3X Takbir! 10x
Wednesday, August 20, 2008
Fatimah anakku
Fatimah telah balik ke 160c jalan manan, Pasir Puteh sempena cuti sekolah. So hari ini adalah hari ketiga Imah berpisah dengan kami. Ibunya mengalami kesan yang teruk kerana asyik merinduinya. Padan muka dia, baru dia tahu erti rindu dan sayang. Kalau x berpisah 2 beranak ni selalu bertengkar. Mungkin perpisahan sekejap ini akan menambahkan kasih sayang antara mereka. Betul lah kata pepatah ' Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'. Nampaknya kena tinggallah sekejap isteriku tercinta untuk menambahkan lagi kasih sayang...ala bukan nak pergi jauh cuma nak keluar berdakwah menjadi tabligh!Monday, August 18, 2008
Saiful Bersumpah....
Akhirnya Saiful bersumpah apabila dekat Pilihanraya Pmtg pauh. Taktik yang baik ketika keadaan terdesak. Kalau saya jadi saiful pun inilah masanya. So, DSAI secara politiknya kena bersumpah baliklah. Bukan apa nanti rakyat yang duduk kat ceruk kampung yang hanya tengok RTM1 dan TV3 serta baca Utusan akan fikir yang DSAI betul2 melakukannya. Nasihat saya pada DSAI , lawan balik sumpah saiful tu. Alang2 menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ....
Thursday, August 14, 2008
lala lolo
dah lama tak update blog. Sebenarnya kami menghadapi beberpa masalah yang membuatkan tiada moood nak menulis. hopefully everything akan kembali normal.
Friday, August 8, 2008
Mangsa semakin ganas - Episod baru melanda mangsa histeria SMK Tanjung Lumpur
KUANTAN – Bertindak agresif, bersuara garau, merenung dengan tajam serta cenderung untuk melawan semasa cuba dihalang.Itulah kelakuan aneh ditunjukkan oleh beberapa mangsa histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur pagi semalam.Gangguan lebih buruk terhadap mangsa menyebabkan guru-guru lelaki yang tidak menyedari serangan histeria berlaku secara tiba-tiba, terpaksa mengejar mereka untuk diberi bantuan.Big Bertha
Tuesday, August 5, 2008
Mont Blanc leather bag
Kat Malaysia tak ramai org yang mampu memiliki barangan Mont Blanc. Our PM, Pak Lah salah seorang yang pakai office bag jenama Mont Blanc. Manakala Tok Guru pakai cap x jer. So kepada penyokong Pak Lah, apa ditunggu lagi dapatkan bag ini dengan harga RM125. 4 more info go 2 secondbargainbox2
Restoran Johnny's
Sunday, August 3, 2008
LV Handbag
LV handbag ini saya nak jual. Walaupun sayang nak lepaskan. Still in good condition. Nak bagi my wife dia tak nak pulak sebab sekarang dia dah banyak handbag. RM95 je. For more go to secondbargainbox2
Rusa oh rusa
Perjalanan kami pada kali ini dengan menaiki van Perodua Rusa. Ini merupakan kali pertama dan terakhir kami menaiki van tersebut. Ini kerana condition nya amatlah teruk. Tiada Aircond, Keempat-empat tayar botak, tayar spare dah keluar benang, speaker tercabut, lampu belakang pecah dan sungguh tak cantik. Sekali tengok kami macam penjual ayam goreng pasar malam. Dalam keadaan van yang teruk, anak-anakku masih boleh tidur. Begitu juga dengan isteriku. Ini kerana keletihan yang melampau. Kesimpulannya, perjalanan pada kali ini amat mencabar dan mengembirakan walaupun barang2 dah mahal.
Saturday, August 2, 2008
Garden Hotel

Yes , kami sekeluarga ada business trip lagi minggu ni. Garden Hotel merupakan tempat tinggal rasmi kami setiap kali datang ke sini. Hotel ni kira ok lah berpatutan dengan harganya. Breakfastnya pun sedap. Business trip pada kali ini hanya 2 hari 1 malam saja disebabkan Imah ada karnival kat sekolahnya pada hari Ahad. Hopefully keuntungan pada minggu ini akan meningkat dari minggu sebelumnya. InsyaAllah..
Friday, August 1, 2008
Isra Mikraj

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Peristiwa ini juga menyebabkan wujudnya 3 golongan:
1. Golongan Abu Bakar As-Siddiq
2. Golongan sahabat yang was-was
3. Golongan yang terus murtad kerana tidak mempercaya cerita nabi.
Golongan yang pertama hanyalah seorang, yang kedua agak ramai terutamanya para sahabat yang mengemukakan soalan bertalu-talu kepada Nabi namum akhirnya mempercayainya juga, manakala golongan terakhir juga ramai yang terus menuduh Nabi menipu dan terus murtad.
Begitulah pada hari ini, Ketika Hukum Islam hendak dilaksanakan maka timbulah 3 golongan.
1. Golongan yang terus setuju nak buat
2. Golongan yang was2 dan banyak bertanyakan soalan seolah2 ianya tidak sesuai.
3 Golongan yang menyatakan Hukum sekular lebih sesuai kerana berbilang bangsa.
Thursday, July 31, 2008
Masakan Shida
Tiada kena mengena!
Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat". Memang sudah dijangka, takkan Hospital Pusrawi sanggup ditutup oleh kerajaan. Mereka mesti menjaga periuk nasi mereka. Tiada yang sehebat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang periuk nasinya sudah pecah. Maka beliau terpaksa menanak dengan kayu api mulai sekarang. Tapi orang kata nasi yang di tanak dengan kayu api memang sedap. Saya setuju, astora jabat tentu tak setuju.
Tuesday, July 29, 2008
Kes DSAI
Akhirnya ada juga seorang Doktor yang berani mempertaruhkan hidupnya bagi mengaku ada membuat pemeriksaan ke atas Saiful Bukliwat. Tahniah kepada beliau kerana berani tampil walaupun dia tahu apa akan jadi kepada dirinya dan juga keluarganya selepas ini. Jikalau semua rakyat malaysia bersikap begini nescaya kerajaan sekarang akan jatuh lebih awal. Sebagai renungan untuk semua, sama-samalah kita fikirkan apa akan berlaku kepada doktor itu. Pertama, beliau akan lebih terkenal dari pakar jantung negara. Kedua, dirinya dan keluarganya akan menghadapi kesan pyskologi yang amat hebat. Ketiga dan seterusnya.. lu fikirlah sendiri.
Sunday, July 27, 2008
Anya Hindmarch -I'm not A Plastic bag
Entah mengapa sejak akhir2 ini dah malas nak update blog. Lagipun tiada isu yang menarik untuk di ulas. Kebetulan pula sibuk dengan secondbargainbox 1 & 2. Hari ini my F.I.L , shida ada datang kat rumah. So my imah amat suka sebab ada orang yang akan bermain dengannya. Esoknya my bro Hanan akan sampai. Baguslah dah lama orang tak datang rumah. Barulah berkat sikit. Saya ada dapat satu beg 'i'm not a plastic bag' dari Anya hindmarch london. Brand ini amat terkenal di Hollywood kerana prestij dan kemewahannya. Walaupun terkenal saya tetap akan jual dengan harga RM95. Mungkin saya akan tukar fikiran nanti kot..
Thursday, July 24, 2008
Muzakarah

Sekarang isu muzakarah pula yang timbul. kalau kita perhatikan , kebanyakkan isu yang hangat pasti tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Samaada isi DSAI sehinggalah isu muzakarah. Isu Najid sudah tenggelam, isu khairy dah senyap , memang diakui Umno masih pandai dalam politik selagi mereka dapat menguasai media massa ataupun elektronik. Isu muzakarah memang sengaja diadakan supaya Pakatan rakyat goyah. lebih2 lagi DAP yang mla mempersoalkan PAS. Saya berharap DAP tidak terperangap dalam isu ini. Be positif. Muzakarah benda yang baik, let it be.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)