Monday, June 30, 2008
Makan malam Regimental
Anwar seorang peliwat?
seperti yang kita sudah maklum. Saudara Saiful Bahari 23 thn, telah membuat laporan polis bahawa dirinya telah di liwat oleh Anwar. Bagi saya timbul beberapa persoalan, Adakah saiful bahari sanggup memalukan dirinya sendiri sekiranya beliau betul2 di liwat? Adakah tenaga saiful yang berumur 23 tahun lebih kuat dari Anwar? Mengapa beliau membenarkan dirinya diliwat? ( jika benar). Memang orang kampung akan berbelah bahagi untuk mempercayai perkara ini.Namum mungkin lebih mempercayainya kerana Anwar pernah dituduh sebelum ini. Tetapi bagi orang yang berfikiran waras dan cerdik mereka bolehlah menilainya dengan sendiri.

Datin Seri Dr Wan Azizah menunjukkan gambar Saiful bersama Pegawai peribadi TPM di pejabat TPM. Mungkin ada konspirasi? Kebenaran akan timbul jua....
Sunday, June 29, 2008
Selamat Hari Lahir Ibuku...260650
Dilahirkan di Kg. Gong Kemuning, Pasir Puteh pada 26 Jun 1950. Anak sulong dari 4 orang adik beradik. Bersekolah di S.m Kamil P.Puteh sebelum melanjutkan pelajaran di maktab perguruan kota Bharu ( Di perkarangan Stadium Sultan Mohd 4) Berkhidmat sebagai guru ERT ( Ekonomi rumah tangga) dan Bahasa Malaysia di Sek Men Gaal, Sek men Tok Janggut,Sebagai penyelia petang di SK Labok machang, dan PK HEM di Sekolah Kamil 2 Pasir Puteh. Seorang yang teramat rajin dalam membuat apa2 kerja lebih2 lagi kerja sebagai surirumah. Bersara dari guru pada 26062006 yang lalu. Amat mementingkan pelajaran kepada anak-anaknya. Terima kasih Ma, jasamu tak terbalas. namum aku berjanji pada diriku yang aku akan menjagamu sepertimana dirimu menjaga diriku seketika dulu. We love u & Happy birthday ( walaupun saya tahu dia tidak akan membaca blog ini).
Upacara sambutan kepulangan Dr Hanan
21 hb July adalah tarikhnya. Semalam my father call dan bagitau yang my bro, Dr Han akan tiba 21 hb july. So dia dan my mom dah beli tiket ke KLIA 20July dijangka sampai jam 11 malam 20hb. Sementara Dr Hanan dijangka sampai jam7 pagi 21hb. SAya ajak tgu kat rumah saya dulu , tetapi seperti dijangka mereka tolak dan sanggup tgu 8 jam kat KLIA walaupun rumah saya dgn KLIA 28 km sajer. Oklah saya faham situasi mereka. Kemudian tiket balik dari KLIA ke Kota Bharu adalah jam 2 ptg 21 hb. Lg 7 jam nak tgukat situ. Saya akan ajak jugak ke rumah saya untuk mereka berehat dan mandi. Untuk upacara sambutan kepulangan ini, my father telah siap dengan pasukan kompangnya dan upacara2 tertentu. Dr Hanan dan Dr Shieda mesti terkejut! Apa2 pun selamt kembali..
Spain Vs Germany
Euro final between Spain vs Germany tonight 2.45 am Malaysia time. Saya tak sokong saper2. Tapi kalau orang tanya siapa menang saya rasa germany. Tapi harapan saya biarlah spain menang sebab Germany dah banyak menang euro. Tapi saya masih menyyokong turki dan russia kerana persembahan yang menarik cuma kekurangan pengalaman beraksi di peringkat tertinggi.Adiosss.Saturday, June 28, 2008
PokoK Pandan
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa pokok pandan? Kenapa bukan ros ke? Dahlia ke? Tulip ke? Sebenarnya pokok pandan ada memberi erti yang tertentu kepada kami. Ini kerana pertemuan kami semula setelah berpisah semasa darjah 6 ditemani minuman hijau iaitu air pandan. Semasa saya datang ke rumah my wife ketika itu , saya dihidangkan oleh air berwarna hijau. Air pandan lah tu. Jadi ianya merupakan simbolik untuk mengenang kembali kisah dulu. Huh giler bab.... berjiwang.HAppy birthday Hannan!
Maybe saya bukan orang pertama yang wish. Sudah semestinya my FIL dah buat. Tapi tak mengapa. So , selamat hari jadi buat adik ketiga ku. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Tak sangka pulak berkongsi anivversaaarry dengan my bro. Tapi bagus jugak, kalau saya terlupa dia boleh ingatkan. Tadi cuba nak post kan gambar pokok pandan tapi tak dapat sebab server blogger.com down. So , next post lah saya cuba.
Friday, June 27, 2008
Happy aniversary to my wifey

260699 adalah tarikh ulangtahun perkenalan kami secara serius. Actually kami tak celebrate pun tarikh kahwin tetapi pada tarikh ini ia memberi makna yang lebih mendalam berbanding tarikh perkahwinan kami pada 24 dan 25 Feb 2001. Memang menarik sebab kami kahwin 2 hari. Ini kerana kami sebenarnya kahwin pada 24 Feb tetapi tersilap taip dalam surat nikah jadi 25 feb. Kami tak pergi pun untuk membetulkannya. biarkanlah. Apapun 2606 juga amat bermakna kerana Ma( my mother) yang turut berkongsi tarikh yang sama sempena hari jadinya. Selamat hari jadi MA, semoga panjang umur. InsyALLAH nanti saya akan post edisi khas untuk my mother sempena hari jadinya. So sebagai hadiah kepada my wife dan my mother saya telah menanam sepohon pokok pandan sebagai simbolik tanda kasih sayang saya. nak beli hadiah mahal2 tak mampu. Ada gambar pokok pandan tp x dapat load sbb line slow. Nantilah post. Untuk aniversary kali ini tak ada istemewa tapi amat bermakna kerana My wifey tersenyum sepanjang hari. Itu adalah hadiah yang amat bermakna pada hari yang bermakna. Kami cuma celebrate depan rumah sambil makan donut Big Apple dengan sepuasnya. Lepas tu pergi tanam pokok cinta (pandan) sebagai simbolik. Malamnya saya buat sembahyang hajat dan sedikit sembahyang malam. Itu saje, simple tp bermakna.
Thursday, June 26, 2008
Euro2008 Semifinal 1


VS
Turkiye melawan jerman. Cuba lihat kat logo turki ada lambang bintang dan bulan sabit yang melambangkan Islam. So walaupun saya minat Ballack, tetapi Islam mesti diutamakan maka saya kena sokong Turki walaupun ia sekarang negara sekular.Harapan saya agar Turki dapat menunjukkan orang islam juga kuasa dalam bolasepak.
Bayar Gaji
Baru saja balik kerja jam 1 pagi td. Hari ini kerja 18 jam. Sebabnya hari ini masuk gaji bagi kakitangan awam. So hari ni juga kena bayar gaji dekat budak2. Tadi dalam jam 1100pagi pergi AffinBank PD keluarkan wang tunai RM300,000.00 ++ . So untuk keluarkan duit saya bawaklah seorang anggota sebagai escott siap bersenjata Steyr dan 20 biji peluru. Sementara saya bawak pistol Browning dengan 5 butir peluru. Selalunya ada 2 orang anggota sebagai escottt tapi hari ini seorang saja so saya sendirilah bawak senjata. Berat juga beg yang penuh berisi wang tunai. So setakat jam 12mlm tadi saya dah bayar RM250 ribu masih baki RM50 ribu. Esoklah sambung bayar. Begitulah kerja seorang pegawai tentera. Mcm2 kerja buat, bayar gaji, mengajar, jaga mesin, repair mesin , peguam , pencatat , jurubahasa, setiausaha, bendahari , dan mcm2 lagi. So kepada kakitangan kerajaan perkara ini sudah lumrah. Mata dah mengantuk, esok ada pengambaran filem kat Kem. So kena jadi penulis skrip pulak, mcm2.
Wednesday, June 25, 2008
Jam 2 pagi
Dah 2 pagi masih belum tidur. Umar baru lepas 'berang'. Wifey dah tidur, imah dah tidur dan Umar pun dan tidur tapi ada terbatuk2. Esok jam 6.30 pagi ada PT(Physical training) . Biasalah bos tak pergi pun takpe, tapi dah lama tak tunjuk muka. Ingat nak pergi tapi kalau masa ni belum tido alamatnya tak pergi lah kot. Kerja dah semakin banyak, banyak function, majlis dan event yang akan berlaku dalam bulan Jun dan July. This weekend ada Mess Night kat berjaya Times Square Hotel. Mesti bawak partner, tapi masih dalam dilema nak letak Umar kat mana? Imah no prob. Nantilah fikir. So, for ur info Mess Night dalam B.Melayu adalah 'Makan beradat' atau majlis makan malam regimental. Kena pakai Baju No 6 atau mess kit. Tu yang tak best, sbb baju mess kit putih, banyak aksesori dan menyeksakan.Nak buat macammana kena hadir jugak majlis tersebut. ketidakhadiran merupakan satu kesalahan besar dalm tentera. So redah je lah macam Stacy...Berikut cth pakaian lelaki dan perempuan utk mess night.
Tuesday, June 24, 2008
My bio
Nama Penuh: Mohd Sukyme b. Mohd Yusof
Umur : 30 thn.
Pekerjaan : Pegawai Tentera ( Gred J44)
Isteri : Kartini Nordin
Anak : Fatimah & Umar
Hobi : Mengumpul Setem & Membaca Al-Quran
Tempat Kerja : Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Port Dickson
Tempat Tinggal : Taman Arowana Indah, Seremban 2
Alamat Kampung : 160-c Jalan Manan, Pasir Puteh.
Cita-cita : Doktor ataupun Ustaz.
Sukan : Volleyball , PS2, golf dan Lawn bowl
Saya rasa cukuplah setakat ini. kalau nak tahu sila tanya.
Sunday, June 22, 2008
Tahniah Dr Mohd Hanan & Friends

Tahniah Bro, now saya dah boleh panggil Doc. Tahniah juga for my future in law. Tq for take care of my Bro sepanjang pengajian. Ma dan Pa pasti berbangga. Now one of their kids telah menjadi Doktor. So, tercapailah hasrat Pa sebenarnya. Pa , sebenarnya ingin betul anaknya menjadi doktor. Kalau tak takkan dia letak nama saya "SUKYME". Ini kerana dia pernah berkerja dengan seorang Doktor yang begitu baik bernama Dr. Sukimi. So ,sebab nak sangat anaknya jadi doktor terus letak nama tersebut. Tapi kalau setakat letak nama saja tak menjadi, kalau anak tersebut tidak berusaha dengan besungguh-sungguh. Begitulah terjadi, saya telah menghampakan harapannya bila dapat SPM 18 agg. Sungguh teruk. Nasib baik Add math dapat a1, dapatlah jadi Engineer dan hari ini jadi Askar. So, kepada my Bro, tq kerana dapat menggembirakan Pa dan Ma. Teruskan berbakti pada mereka. Selamat menempuhi alam kehidupan yang sebenar.
1st in law
My 1 st in law. isteri kepada Hafez, namanya Norliza bt Massimo. Jangan salah anggap tentang nama ayahnya. Ayahnya orang islam dan selalu tersenyum. Ayahnya berketurunan melayu jawa, liza pun samalah. Liza tidak banyak cakap atau dalam bahasa lain seorang yang pendiam. Walaupun pendiam beliau seorang yang jujur dan ikhlas. Amat disenangi oleh Imah. Tubuhnya amat kurus kalau dibangdingkan dengan my bro hafez. Kecik molek gitu. Mengikut kata MA, beliau pandai buat kek lapis sarawak. So raya tahun ini confirm Kek Lapis jadi salah satu hidangan. Saya harap Liza cepat mempelajari loghrat kelate supaya kaum keluarga kat kg bertambah mesra dengan beliau. Anyway, i like her because beliau tidak berpura-pura dalam membuat kebaikan.Bravo russian!!
Amsterdam kalah kepada Moscow
Holland pasukan pilihan akhirnya tewas kepada Russia. Wira Russia Ashavin pasti akan menjadi pujaan. Ashavin bermain untuk pasukan FC zenit. My team kalah akhirnya... tak mengapa sebab mereka kalah kepada lawan yang bermain begitu cermerlang. bravo russia! Brilliant guss! Hiddink pasti akan diingat sebagai pengkhianat negaranya..Holland is my team
Saturday, June 21, 2008
Tangan Blogger Jr.
Imbas kembali4
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)