Sunday, July 13, 2008

Peralihan Kuasa...pendapat dari Dr.M


"Najib akan dijanji peralihan kuasa akan dibuat pada 2010. Sebelum sampai tarikh keramat ini tuduhan akan dilempar terhadapnya supaya dia ternampak tidak lagi layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Seorang yang dianggap lebih setia kepada Dato Seri Abdullah akan menggantinya. Pengganti tidak akan ambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010 kerana kurang pengalaman. Dato Seri Abdullah akan bermurah hati untuk mengisi jawatan itu hingga Pilihanraya Umum ke-13. Jika trend pemikiran rakyat berterusan Barisan Nasional akan kalah dalam Pilihanraya Umum ini dan Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh itu tidak adalah jawatan yang hendak dialih kepada pengganti Dato Seri Najib."
kata Tun Dr. Mahathir


*I agree with Dr.M on Badawi Regime. That's why come next GE the 2 Parliment seat that Penangites let BN win will not happen again!
His own state rejects him as a leader.UMNO is not relevant to rakyat. It's only relevant to UMNO members who depends on the party to support their monthly income.

Amaran Ezam pada Anwar...

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya

*Bagus jugak Ezam mendedahkan segalanya. Nak tgk logik te tak? Kalau betul sama2lah rakyat menghukum DSAI. Kita tak mahu peminpin yang tak betul. So Ezam, dedahkan terus jer, tak payah ugut2 macam budak2 pulak.

* Add info- Datin Seri Wan Azizah dapat anugerah " Datuk Seri" dari Y.pertua P.Pinang. For more info go to DSAI Blog

Umar sudah sihat!


Syukur kepada Allah SWT kerana buat pertama kali malam tadi kami dapat tidur tanpa gangguan. Umar sudah tidak menangis seperti mlm2 sebelumnya. Dia sudah mula menyusu balik. Maka kehidupan kami kembali berseri. So, lepas ni terus pergi enjoy!

Saturday, July 12, 2008

qazaf part 2

Gambar DSAI dan isteri untuk menfailkan tuntutan qazaf setelah dinasihati oleh ulama’ dari dalam dan luar negara untuk berbuat demikian.

"Mereka mengusulkan tindakan tersebut kerana ia bersesuaian dengan tuntutan syarak. Malah mereka menentang keras jika saya mengambil keputusan untuk bersumpah dengan menjunjung Al Quran di dalam masjid, kerana tidak ada nas-nas yang menyokong perbuatan tersebut.
Saya juga sudah membaca
fatwa Sheikh Taha Jabir al-’Ulwani, ulama’ tersohor dari Iraq berkaitan fitnah yang dilemparkan ke atas batang tubuh saya. Fatwa tersebut ternyata menjelaskan segala kekeliruan sekitar isu ‘bersumpah dengan menggunakan Al-Quran’ serta ia (fatwa) berperanan sebagai ilmu yang bermanfaat kepada umat." Kata DSAI
* Bagi saya walaupun bersumpah dengan menjunjung Al Quran tiada dalam nas tak salah rasanya di buat jikalau itu boleh memberi keyakinan kepada rakyat. Betulkan saya kalau saya silap!

Wahai Umar anakku...

Mlm ni masuklah malam ke empat kami tidak tidur. Umar tidak berhenti-henti menangis. Sampaikan terlintas untuk bagi orang lain, tapi fikiranku masih waras memikirkan beliau adalah amanah dari Allah dan masih kecil. So kepada pembaca , jika anda seorang doktor, bomoh, atau apa2 saja jawatan yang boleh memberi petua dalam mengatasi masalah ini, silalah berikan pandangan anda. Saya dah tak tahu nak buat apa. Klinik dah pergi 3 tempat, plan esok nak bawak jumpa pakar kanak2 kat seremban. Semoga ianya berhasil.

Friday, July 11, 2008

Umar kena HFMD


Hari ini dah 2 hari Umar kena HFMD. Amatlah teruk keadaannya. Setiap masa menangis sampaikan saya tak tahan sehingga sanggup memarahinya.( maafkan ayah anakku) Tangan, kaki, mulut dah mula ada kesan biji2 merah. Dekat lidahnya dipenuhi ulser. Kesannya umar tidak dapat menyusu dari ibunya. Dah 2 hari tak menyusu, maka tangisan sajerlah yang menjelma. Kehidupan kami pun dah mula berubah menjadi muram, tiada gelak ketawa seperti biasa. Imah pulak menjadi mangsa tempat kami suami isteri melepaskan tekanan. Kesian kakak, takapa lepas umar sihat nanti kita pergi enjoy! Papa dah telefon, kalau umar bertambah teruk dia suruh admit kat Wad. Moga2 umar bertambah baik hari ini. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan pada saat ini. Rumah pun tak sempat kemas apatah lagi nak memasak. Ya ALLAH kuatkanlah kesabaranku untuk menghadapi ujian kecil mu ini. Amin. Namam aku masih bersyukur dianugerahkan seorang anak bernama UMAR.

Thursday, July 10, 2008

Protes sampai turun2


DSAI sedang menyampaikan amanat beliau

Pelajar pun tidak ketinggalan.


Tarikh 6 Julai 2008, Stadium Kelana Jaya menjadi saksi kepada ribuan rakyat yang berkumpul untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan BN. Lautan warna merah kelihatan membanjiri stadium. Warna merah warna rasmi bagi Protes dan Geramm ternyata berkesan dalam menyumbang saham kepada suasana ‘geramm’ terhadap sikap kerajaan yang seperti tidak peduli dengan kesusahan yang dialami rakyat.
* Walaupun timbul isu Konsert, perhimpunan tersebut berjaya mendapat sambutan rakyat.










Wednesday, July 9, 2008

'qazaf'


Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi. Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau beserta dua orang peguamnya.


"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini. "

Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf'. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera," katanya kepada pemberita.


'Qazaf' kata ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Sumber dari Malaysiakini.com

Tuesday, July 8, 2008

Debat Shaberry-Anwar




15 Julai tarikhnya. Jam 900 mlm. Pertama kali dalam sejarah DSAI akan berdebat secara langsung dengan Wakil Kerajaan. Jangan lepaskan waktu ini, pastikan kita semua sebagai rakyat menonton bagi menilai dengan sendiri perdebatan itu nanti. Mungkin dari perdebatan itu kebenaran akan timbul. Siapa tahu. So hebahkan lah perkara ini ke seluruh kampung, pastikan semua berada di kaca tv 15hb nanti.

Jualan barang2 second hand tetapi Branded!

Jualan barang2 baby


Jualan barang2 selain dari barangan baby
* Silalah meluangkan masa anda ke blog2 tersebut. Tq.

Monday, July 7, 2008

Protes sampai turun

Semalam 6 July berlaku perhimpunan anjuran PROTES bagi membantah kenaikan harga minyak di Stadium kelana jaya. Saya tak nak komen pasal perhimpunan tersebut tetapi apa yang menarik ialah berlaku salah faham diantara Pemuda PAS dan AMK dalam soal persembahan oleh "caburetor dung" yang didakwa tidak sesuai diadakan dalam majlis seperti itu. Accctually CD di jemput oleh Hishammudin Rais(HR), so HR telah meminta maaf kepada hadirin lebih2 lagi ahli PAS yang mungkin asing dengan gaya CD. So kepada penganjur jadikan ia pengajaran utk masa hadapan.

Sunday, July 6, 2008

Surat dari hanif136

"Salam .Kes Anwar amat menjijikkan samada ia berlaku atau tidak hanya Allah yang tahu.Tapi kenapa sewaktu beliau di Yayasan Anda dan menjadi Presiden Abim tidak ada lapuran seperti ini?Hanya setelah berkecimpung di arena politik barulah direka-cipta.Adakah seseorang yang sudah berumur 23 tahun tak boleh mengelak diri dari diliwat?Ini dah masuk lapan kali baru nak report seolah-olah membenarkan diri diliwat.Sekiranya suka sama suka maka hukumlah kedua-duanya kerana tiada paksaan.Lainlah kalau yang diliwat itu anak kecil yang tak mampu melawan.Saya tidak berpihak mana-mana kerana semua politician adalah penipu besar kerana nakkan jawatan,pangkat,harta hingga sanggup buat apa saja asalkan kehendak nafsu mereka dipenuhi.None of politician are clean except Tok Guru Nik Aziz."- hanif Gambar Tok Guru di rumahnya di Pulau melaka, Kelantan. Sanggupkah Menteri besar lain tinggal di rumah ini?
Dari kiri : Masjid Pulau Melaka, Rumah Tok Guru dan Rumah seorang guru (belakang). Tok Guru pakai Perdana V6 (kereta kerajaan)

*Memang betul hanya Tok Guru Nik Aziz yang boleh dipercayai. Kalau ada orang tak bersetuju dengan saya, cubalah tinggal dengannya untuk sehari. Hidupnya penuh dengan ibadat. Sembahyang malam tidak pernah tinggal. Kalau tidak masakan ketua Polis Negara hantar anaknya berguru dengan Dato' Hj. Nik Abdul Aziz.

Kembali kepada HUKUM

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
* Beraqal* Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
* Beraqal* Baligh* Islam* Merdeka diri* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Saturday, July 5, 2008

Pendapat Ibrahim Baba

Berikut adalah pendapat IB mengenai kes Anwar:

Jika Saiful rapat sehingga boleh bertemu Najib, mengapa bekerja dengan Anwar?
Semakin Banyak Bercakap Semakin Banyak Terlodeh
“Sifu” IB yang memberi petua “Do not volunteer information” Najib kini semakin mengelabah. Bukan setakat “body-language”nya yang terlalu banyak menimbulkan persoalan malah kata-katanya semalam turut menimbulkan banyak persoalan. Setiap kali dia membuka mulut, satu demi satu rahsia terbongkar.
Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.Antaranya;
Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM?
Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar?
Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib?
Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat?
Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK?
Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib?
Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis?
Najib kata dia percaya kepada sistem!
Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!

Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar ialah seperti berikut:
Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

*Saya pun dah pening nak fikir, sesiapapun boleh beri pandangan mereka. Terserahlah untuk menilai..

M&P

Mamas&Papas adalah brand terkenal dan mewah untuk peralatan baby. Berpusat di London. Kalau kategori Beg samalah prestijnya dengan LV. So semalam saya dan family telah keluar mencari barang baru untuk http://secondbargainbox.blogspot.com. So dalam banyak 2 barang yang kami jumpa termasuklah dari Brand M&P ini. So excited, nanti kami akan post kan barang itu dalam blog nanti. Walaupun sayang kami tetap akan jual demi masa depan syarikat FAUA Enterprise. So jengok2 lah blog dalam 2 -3 hari ini. Siapa cepat dia dapat. Tiada pilih kasih diamalkan. Oleh kerana barang yang diiklankan sentiasa sold out, maka kami telah berperancangan untuk mendapatkan barang2 secara tetap setiap minggu.

i'm on duty


Today saya terpaksa duty sebagai Duty Officer yang akan mengawal 3 kem dalam Institut Kejuruteraan tentera darat. Actually tugas ini amat berat kerana saya terpaksa bertanggung jawab keatas apa saja yang berlaku dalam hari ini. Oleh kerana tugas ini amat berat maka saya diberi beberapa keistimewaaan iaitu seorang driver, kereta dan beberapa pengawal. So rasa macam raja jugaklah. Tiada apa yang hendak dilakukan semasa duty sebenarnya sekiranya tiada apa2 kejadian yang berlaku. Just duduk melayari internet dan lakukan beberapa lawatan sekitar kem dan hospital menjenguk orang sakit. So untuk hari ini, setakat ini masih tenang dan damai maka bolehlah membuang masa dengan mencari infomasi terkini negara. Gagah Setia!!!

Thursday, July 3, 2008

Saya sudah gemuk

Selepas tgk gambar ini, saya mula realize yang saya dah mula membesar dan gemuk. Ini memang merisaukan. Saya tak expect akan bertambah sebegini walaupun sentiasa sibuk mengejar Umar yang betul2 aktif. So sebagai langkah permulaan saya tidak akan makan malam. Cukup dengan makan tghari pada jam 5 ptg. Selepas itu juga saya berazam tidak ponteng latihan Fizikal setiap pagi hari Rabu. Semoga keazaman saya akan bertahan walaupun banyak event dan dinner yang perlu ditempuhi. Kesempatan ini juga saya ingin wish Tahniah kepada Dr hanan dan Dr Shieda diatas hari graduasi mereka. Semoga mereka dapat setanding dengan Dr. House.

My best friend




Namanya Anuaruddin Abdul Razak. Saya mula mengenalinya pada tahun 1985. Seorang yang cerdik semasa sekolah rendah. Sekarang berkerja sebagai Asst Manager dalam salah satu dept kat TM. Seorang ahli PAS seumur hidup walaupun baru lepas headbanging tgk konsert sweet charity. Berpendidikan dari UIA, tapi entah macam mana jadi orang TM. Mungkuin beliau seorang yang senang bersosial dan berperwatakan menarik. Sudah beristeri dan ada seorang anak bernama Wise. Beliau amat ditakuti oleh isterinya. Jadi beliau boleh dijadikan contoh suami yang 'king control'. Sekarang tinggal di apartmen mewah kat Tmn Melati, KL. Namum dengar ura2 hendak membeli rumah sekitar Tmn Melawati. Berasal dari keluarga yang berharta. Ada tanah berekar2 kat kampung , disamping beberapa buah rumah sewa. Maybe sebab inilah isterinya takut kepadanya. Keluarganya totally penyokong PAS tiada yang Umno. Hampir2 ditangkap ISA kerana menyertai perhimpunan reformasi. So , kepada nuar , teruskan perjuanganmu. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai masuk ISA....dan menurut kata angggota tentera 'Agi hidup agi gelaPAS'

Wednesday, July 2, 2008

Fahaman Politik

My father sudah semestinya penyokong kuat PAS, walaupun seorang kakitangan kerajaan. My mother sudah mula mengikut jejak my father tetapi tidak secara terang-terangan. My 'Ayah Chik dan Mokchik' pula amat fanatik kepada Umno. Walaupun mereka tinggal bersebelahan dan berbeza fahaman politik, namum hubungan sentiasa mesra. My bro Hafez, nampaknya menyokong Umno kerana ada kepentingan dalam mendapatkan projek untuk syarikatnya. My bro Dr.Hanan, saya no komen. My bro Naim, memang mengikut jejak PA, kalau dah wallpaper dah gambar tok guru tak payah nak tanya lagilah. My bro Farhan lagilah, kat HP dah letak screensaver gambar Tok Guru. Kita tengok pula kepada my ' ayah ngah dan cik ngah' adalah penyokong BN walaupun dah tidak seaktif dulu. Manakala my 'Ayah su dan Cik Su' adalah penyokong perjuanagan PAS yang sejati. My 'Tok Ayah' , dulu ketua cawangan Umno Bukit Awang, sekarang dah jadi pengundi PAS. begitu juga my granni( MEK) tetapi menghadapi dilema kerana 2 anak BN dan 2 Pas. So, begitulah fahaman politik dalam my family. Walau berbeza fahaman namum hubungan kami tetap baik dan erat. Kalau tak percaya boleh tanya my bro. Manakala saya pula menyokong perjuangan............( Saya rasa anda semua tahu ).


z

Tuesday, July 1, 2008

Di keheningan malam ini..




Malam ini sungguh damai.. walaupun DSAI sedang meniti hari yang panjang. Diharap keluarganya mempunyai kekuatan untuk sekali lagi tayangan ulangan. InsyaAllah pengalaman yang lalu dijadikan kekuatan. Apa nak jadi dengan negaraku hari ini? -persoalan yang dilemparkan oleh "Luna". Bukan hari in saja luna, ianya berlaku dari dulu , kini dan selamanya. Hanya kembali ke pangkal jalan noktah segalanya. Kembali kepada ajaran yang satu. Islam pegangan ku! Letakkan kembali Islam sebagai panduan, arahan, pegangan, dan ketaatan. laksanakanlah segalanya menurut Islam , InsyaAllah semua akan selamat. Membangun bersama Islam, maju dengan cara Islam, melaksanakan hukum2 islam itulah yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara Islam yang disegani. Semoga Allah SWT menjauhi kita semua dari bala bencana yang menimpa. Allah Maha Besar 3X!