Thursday, June 11, 2009

Neraka Jahanam

Diriwayatkan oleh Yazid Arraqqasyi : Jibril datang berjumpa dengan Nabi Muhammad dengan muka yg berlainan.

Nabi bersabda: Wahai Jibril kenapa wajahmu lain benar?

Jibril: Wahai Muhammad, Allah SWT menyuruhku supaya dikobarkan api dari neraka jahanam.

Nabi bersabda: Jelaskan padaku sifat jahanam itu.

Jibril: " Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu di gantung di antara langit dan bumi nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang2 dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahanam itu sangat dalam, perhiasannya besi, dan minuman di campur air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan2 api.Api neraka ada 7 pintu, tiap2 pintu ada bahagiannya yang tertentu ."

Nabi bersabda: Wahai Jibril apakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?

Jibril: " Tidak , tetapi selalu terbuka. Sesetengahnya di bawah dari yang lain. Dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70,000 tahun. Tiap pintu lebih panas dari yg lain 70 kali ganda ( Ertinya yg ke bawah semakin panas)."

Nabi bertanya: Siapakah penduduk pintu2 tersebut?

Jibril: " Pintu yg pertama, untuk org2 munafik dan org2 kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun. Pintu Kedua, tempat orang2 musyrikin bernama Jahim. Pintu Ketiga, tempat orang shobi'in bernama Sagar. Pintu Keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu Kelima, Orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu Keenam, tempat orang Nasara bernama Sa'eir. "

Kemudian Jibril diam seperti segan kepada Nabi.

Nabi bertanya: Mengapa kau tidak terangkan siapa di Pintu ketujuh?

Jibril: " Di dalamnya orang2 yang berdosa besar daripada kalangan umat mu yang mati tidak sempat bertaubat"

Maka Nabi pun jatuh pengsan. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali.Sesudah sedar

Nabi Bertanya: Wahai Jibril, sungguh besar kerisauan ku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada orang umatku yang akan masuk Neraka?

Jibril: Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.

Mendengar jawapan itu, Nabi pun menangis terisak2, begitu juga dengan Jibril. Kemudian Nabi masuk kerumahnya dan tidak keluar2 kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang Nabi selalu menangis dan berdoa kepada ALLAH untuk keselamatan UMATNYA.

*Betapa sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya..Bagaimana pula kita sebagai umatnya...? Berbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

1 comment: