Tuesday, May 26, 2009

Menteri Besar Mahkamah

Datuk Seri Zambry mengatakan bahawa Nizar lah yg membawa ke Mahkamah. Itulah reaksi nya bila Tok Guru melabel nya MB Mahkamah. Zambry sekali lagi mengatakan Tok Guru perlu diperbetulkan...Selaku peminat Tok Guru, saya amat terpanggil untuk tolong memberi penjelasan kpd mereka. Apa yg saya faham, Tok Guru hanya menyindir Zambry yang begitu takut untuk membubarkan DUN sehingga membiarkan Mahkamah mengistiharkannya sebagai MB dan bukannya datang dari majoriti rakyat. Takkan itu x faham. Jgnlah menyalahkan org lain. Sultan x bersalah tp ada golongan yg mengambil peluang yg terhidang untuk kepentingan mereka sehingga ramai yg mula menunjukkan derhaka. Bagi saya, kalau dengan Allah SWT kita dah biasa derhaka, tak mustahil sesama manusia..

Sunday, May 24, 2009

Over??

Pemilihan PAS akan berlaku dalam Muktamar akan dtg. Jika perasan, cuba bandingkan suasana, keadaan, semasa pemilihan Umno yg lalu. Byk bezanya, yg paling menonjol adalah ; semasa pemilihan Umno , ramai calon tawarkan diri bertanding merebut jawatan. Pemilihan PAS, ramai calon yang dicalonkan utk bertanding menarik diri bagi memberi laluan kpd muka baru. Rasionalnya, sebagai pemerhati kita boleh fikirkan niat dan keikhlasan mereka. Kalau hendakkan pangkat dan jawatan janganlah over sangat. Biarlah cool..macam Umar makan aiskrim atas katilnya.

Saturday, May 23, 2009

Pandangan terhadap Nizar

Saya terdengar beberapa pandangan dari beberapa org pendalaman dan yang kurang terdedah dengan Internet tetapi hanya menonton RTM dan TV3. Bagi mereka Datuk Seri Nizar memang jahat kerana tamakkan jawatan, derhaka, menyusahkan kerajaan, mengkucar-kacirkan negeri, dan sebagainya. Itulah realiti...bagi golongan ini. Ternyata RTM dan TV3 masih berupaya menpengaruhi pemikiran mereka. Bagi aku, tidak berguna untuk berbahas ataupun berhujah dengan mereka kecuali mereka mengetahui kebenaran dengan cara mereka sendiri. Kesian..sekiranya 10 tahun lagi semua rakyat celik IT, agak susah kerajaan BN untuk terus berkuasa. Pandangan aku sendiri dalam isu Perak, sama dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tg Razaleigh. Bubar dun, biar rakyat pilih. kalau tidak isu ini tak akan selesai sampai bila2. Kenapa BN takut sangat.? Tak yakinkah? Fikirkan boleh...

Thursday, May 21, 2009

Zoo Melaka...ok

Jam 130 ptg baru decide nak ke Zoo. Jam 2 ptg bertolak sampai jam 230 ptg. Makan+cari parking then jam 3 kami enter Zoo Melaka. Tiket RM7 seorang, kanak2 RM4. Murah compare to National Zoo.
Lebih baik dari Zoo Negara...walaupun kecil tp menarik. Lebih dekat dengan haiwan.

Mini safari mmg menarik. Tp letih...berjalan.





Umar nampaknya behave untuk sejam yg pertama. Tahniah! banyak perubahan.

Kami bagi ostrich ni makan curly fries yang tak habis makan tadi kat A&W.


Jauh datang nk tgk Rimau..tp dia tido pulak

Ketika ini Umar dah bosan dan mula mengganas... Ibu dah mula letih..menuju ke arah bad mood..tp masih terkawal.

Chimpanzee ke, singa ke, umar dah x kisah. Dia dah bosan dan mula mengeluarkan taringnya. So, kami cepat2 carikan aiskrim sebelum ianya merebak
Fakta Kedatangan kami ke Zoo Melaka d sebabkan Umar setiap hari sejak balik dari Muar sentiasa mengajak ayah tgk monkey. Sbb kat Tg Emas hari tu dia tgk monyet makan.
Fakta 2: Zoo melaka ternyata lebih baik dari Zoo Negara
Fakta 3: Aku dah x tahu nak pegi mn lagi

Friday, May 15, 2009

Aina's Tagg!

1. Anda rasa anda hot?

Dog? saya bukan hotdog

2. Upload gambar kegemaran anda.
Gambar raya thun lps. Jelas menunjukkan hubungan kekeluargaan yang kukuh dan sempurna
3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab jam dlm gambar menunjukkan jam 1125 pagi
4. Bila kali terakhir makan pizza?
Sejak negeri perak tukar kerajaan
5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Geng Bas Sekolah

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Tengok geng bas sekolah

7. Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Tuanhamba
8. Tag lagi 6 orang.
1. Umar
2. Imah
3. Tok Ayah
4. Tok Ji
5. Tok Guru
6. Tok janggut

Wednesday, May 13, 2009

From Moscow with Love

Dari Pasir Puteh, delegasi transit di Seremban 2. View di atas sewaktu matahari berlabuh. Rumah kecil tiang seribuku masih mampu menampung kekuatan delegasi seramai 12 org.Esoknya, delegasi semakin bertambah di R&R Air Keroh. Ayah su dan famili join sekaki dengan Mercedes barunya. Hanan dengan Evo10, Hafez dengan Accord nye, dan aku dengan BM....waja.

Tema merah kelihatan pada semua kecuali golongan haluan kiri.


Di hentian ini juga Pa & Ma naik kereta Mercedes bersama adik2nya bagi berbincang apa yg nak di perkatakan nanti.


Percayalah kami sampai Jam 10.30 pagi di Muar. Perjalanan ambil masa 1 jam dari seremban. Memang pantas. Walaupun waja, tapi maintain 150km/j sepanjang masa. Oleh kerna masa masih awal, delegasi bergerak ke rumah Datuk Seri Cik Lee. Dari rumah Cik Lee, delegasi ke Tg Emas bagi tujuan makan Mee Bandung Muar. Gambar kat atas ialah kawasan sekitar Tg Emas.

Inilah tempat berlabuh sementara ke sasaran yg di tuju. Masjid Kg Bakri ( Shida tlg betulkan kalau salah) .

Adat kelate bertembung dengan Adat Jawo. Maka hasilnya jadilah adat mudah dan senang berkira. Suasana berlangsung dengan aman dan harmoni. Tetapi awas! Umar cuba memakan buah anggur...


Akhirnya..Umar di bawa ke bawah...melakukan aktiviti tinjauan di saat semua sedang berbicara di atas.
Kaki siapa kah itu? Tetapi apa yg menarik ,Naim telah secara tiba2 menjadi jurukaka pihak perempuan.
Pada ketika ini sedang berlaku upacara mengambil gambar di tangga. Aku tidak di jemput, so aku ambil gambar mereka dari belakang..dan jangan lah mereka pandang belakang

Ayahanda sedang bertanya bilakah tarikh perkahwinan dan wang hantaran? Seperti yang di jangka..jawapannya seperti sudah di baca.

From Moscow with Love...dari Kelate ke Muar. Dari Sbn ke Tg Emas. dan dari Tg Emas ke Bakri telah tersesat...

Bakal Mak Mertua Hanan.

Kaki pasangan pd hari tersebut. Hanan pakai sandal dari Versace manakala Shida pakai kasut dari Jimmy Choo.

Tahniah adik2ku. So lepas ni fikirlah pasal Kahwin pulak.

Kenapa Ma menunjuk ke arahku? Mesti ada yang kelakar. Kesimpulannya, acara berlansung dalam keadaan baik dan lancar. Tahniah pihak penganjur! Makanan pun sodap, rempeyek pun sodap tapi sayang tempe tak ada...


Pada malam itu, acara makan besar akan berlangsung di Restoran Johnny, Jusco Seremban 2. Di taja sepenuhnya oleh Dr Hanan. Sementara menunggu hidangan ,. masing2 berehat atas kerusi Osim, termasuk Umar!

Umar, Uncle Hafez dan Ayah Cu. Di belai keras oleh Osim. Umar x ketinggalan membiarkan kakinya di urut.

Steamboat Time! Acara makan besar bermula. Steamboat Tomyam menjadi kuahnya. Rasanya... memang sodap.


Syukur..semua licin. Berbaloilah Dr Hanan keluarkan duit hampir RM 300.


Lastly, bagi pihak Tuan Rumah transit di Seremban, saya memohon maaf kepada delegasi sekiranya ketidakpuashatian semasa menginap di teratak hamba. Dagang hamba mengkuang layu... sekian