Monday, February 16, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Last Day

Selepas check-out dari Park Avenue, kami terus bergerak balik ke seremban. On the way, kami singgah lunch kat Juru bagi mengenang kembali Mee Udang dan Ketam yang sedap kt situ. Semasa kami tinggal di Penang dulu , mee ketam dan udang disini memang sentiasa menjadi pilihan. Rasanya masih seperti dulu.
Bagi penduduk seberang prai restoran ini memang tidak asing lagi. Mengikut penduduk Penang, ada 1 lg Mee Udang yg enak iaitu d Telok Kumbar( Restoran Salwa) . Kami gagal dalam misi ke restoran salwa kerana ia ditutup semasa kami sampai.

Selepas lunch, kami terus belayar ke selatan. Then ternampak signboard Zoo Taiping, so terus exit menghala ke Taiping. Lg sekali kami dihampakan kerana zoo dah nak tutup. So, kami just pusing sekeliling taman tasik sebelum meneruskan perjalanan.
Kelihatan sekumpulan monyet berada di tepi jalan. Oleh kerana dah kempunan nk masuk zoo, so kami berhenti bagi melayan kumpulan haiwan ini. Imah, Umar semuanya takut termasuk ibunya juga kecuali Ayah yg sudah biasa begelumbang dengan binatang buas.

1 comment:

Jue Fauzi said...

amboi seronoknye jalan-jalan...zoo taiping ye..w'pun rumah saya hanya 5 mins from zoo tapi last time I went there was during my primary era..hahaha..pathetic.