Saturday, September 20, 2008

Hyperactive..


Umar pada malam di Guoman memang tak terkawal. Semua yang berbuka kat situ telah menjadi saksi termasuk beberapa staf hotel tersebut. Datang dalam keadaan kering balik dalam basah kuyup. Sepanjang kami berbuka, kerjanya adalah meronda-ronda sambil berlari, sekejap berhenti main air, sekejap baring atas lantai. Sepanjang itu juga tiada satupun jenis makanan yang dimakannya. What to do...bersyukurlah kepadaAllah SWT kerana dianugerahkan seorang anak yang sihat walaupun terbuas di Negeri Sembilan.

No comments: