Friday, August 1, 2008

Isra Mikraj


Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Peristiwa ini juga menyebabkan wujudnya 3 golongan:
1. Golongan Abu Bakar As-Siddiq
2. Golongan sahabat yang was-was
3. Golongan yang terus murtad kerana tidak mempercaya cerita nabi.

Golongan yang pertama hanyalah seorang, yang kedua agak ramai terutamanya para sahabat yang mengemukakan soalan bertalu-talu kepada Nabi namum akhirnya mempercayainya juga, manakala golongan terakhir juga ramai yang terus menuduh Nabi menipu dan terus murtad.

Begitulah pada hari ini, Ketika Hukum Islam hendak dilaksanakan maka timbulah 3 golongan.

1. Golongan yang terus setuju nak buat

2. Golongan yang was2 dan banyak bertanyakan soalan seolah2 ianya tidak sesuai.

3 Golongan yang menyatakan Hukum sekular lebih sesuai kerana berbilang bangsa.

No comments: