Sunday, February 15, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 5

Perjalanan seterusnya ke Sg. Petani.Actually tempat yg dituju ialah Pendang, tp cos kt situ x ada Hotel, kami akan stay kt SP. Kami memutuskan naik Jambatan kerana free.
Rupa-rupanya skrg ,Jambtn dalam proses perlebaran. Begitu juga dengan menara utama perlu di tambah alat penyokong kerana jalan akan bertambah besar.

Sampai saja di SP, kami terus check in di Park Avenue Hotel. Nice hotel dan amat berpatutan. Yang paling penting bg Imah ialah Swimming pool mesti ada.


Selepas check in. Kami mulalah meronda Bandar SP. Jalan2 cari makan. Fakta; sepanjang tour kami pd kali ini , setiap dinner pasti western food. Masa kt baling kami makan chickenchop yg paling sedap, kat Kangar go for KFC, kat Bayan Lepas lamb/f&chips kat giant, then kat SP sekali lagi kami makan chicken/lamb chop tp x sesedap di Baling. Ini semua kerana mengikut selera Imah & Umar.

Then, aktiviti yg di tunggu oleh Imah. Kami sekeluarga sahaja yang conquer pool kat cni.

Nice pool..at level 3.

Park Avenue Hotel telah dipilih oleh kami sekeluarga sebagai tempat terbaik untuk menginap berdasarkan faktor faciliti, harga dan layanan






Saturday, February 14, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 4


Hotel Seri Malaysia , Bayan Baru

FYI, tujuan kami mengembara ke utara adalah atas urusan kerja. Saya telah di tugaskan untuk memantau pemilihan bakal perantis TD di bahagian utara. Bermula di Baling, Kangar, Bayan Lepas dan berakhir di Pendang. Pada hari ini, kami ke Bayan Lepas. Selepas rikki tempat pemilihan, kami mencari tempat tido. Cari punya cari hanya Seri Malaysia yg paling dekat dan sesuai. Giant, Bayan Baru






Friday, February 13, 2009

Dari Seremban ke Kangar- Day 3

Hari ini kami akan meninggalkan Kangar. Imah amat sedih.
View dari Bilik 918 Putra Palace.
Umar bersiap-siap untuk checkout.

Destinasi seterusnya ialah Pulau Pinang. We prefer Feri, coz Umar x pernah naik lg. Tapi Imah dah banyak kali. Itupun sebab dulu kami tinggal kat Penang selama 6 Bulan. Selamat Datang ke Pulau Pinang!



Dari Seremban ke Kangar

Selepas checkout dari Baling Inn, kami terus menghala ke Kangar. Tourist guide kami sudah menanti di sana. Kat Kangar kami tido di sebuah hotel murah bernama Putra Palace.
Nampaknya Umar happy dengan Putra Palace compare ngan Baling.

Putra Palace, not bad. Yang penting ada swimming pool dan biliknya luas sesuai untuk beribadat.


Lepas check-in, kami ke Pokok Tui, lunch time walaupun dah jam 4 ptg. Restoran Pokok tui boleh tahan sebab harganya agak murah!Imah pasti gembira berjumpa untie idolanya. Statement dari Imah " Kangar adalah tempat yang paling best"

Then, upacara Imah dan Umar bermula di Pool. Ayah seperti biasa berada di tepi kolam sambil merakam gambar dan bertasbih.


Dari Seremban ke Kangar


Sri Baling Inn

Perjalanan kami bermula jam 3 ptg hari Ahad. Tempat yg ditujui ialah pekan Baling. Mengikut google hanya ada 1 hotel di situ. Memang betul, hanya Sri Baling Inn merupakan satu-satunya hotel kat Baling. Tiada pilihan bagi kami. HArga memang tak berpatututan RM 150!

Saturday, February 7, 2009

Tour of Northern

X jadi blk kg. Cuti dibatalkan, kena kerja. Esok bermulalah perjalanan melawat 3 buah negeri. Bermula di Baling pd 9 hb then bergerak ke Kangar pd 10 hb. Pada 11 hb akan ke Bayan Lepas, sebelum berakhir di Pendang, Kedah pada 12 hb. So, Ipah tlglah carikan tempat bermalam semasa di Kangar, di Bayan Lepas kami akan tinggal di rumah kawan lama. Di Baling kena cari hotel , manakala di Pendang pun sama. Rombongan terdiri daripada Fatimah, Umar, Kartini dan Hamba Allah. Semoga Allah memberkati perjalanan ini

Thursday, February 5, 2009

Cuti

Hari isnin cuti. So nk balik ke x? kalau persoalan ini di tanya kpd Imah, jawapannya sudah di jangka. Naim turut menyatakan persetujuan nk ikut. Mcm jd je. Tp beberapa perkara harus di teliti iaitu :

1. Duit- Kalau blk confirm RM 900 hbs ( 300 petrol , 50 tol, 200 makan, 100 shopping, 300 ibu/bapa/mertua)
2. Masa- Byk masa hbs atas jalan ( sepatutnya blh dihabiskan di atas sejadah )
3. Umar- Umar blm sihat ( X ada suara )
4. Tidur- X ckp tidur ( kena drive )
5. Jemaah Seremban 2- Tentu kurang seorang ahli jemaah masjid S2
6. Pinky- Nak bawa atau tinggal?

Tp kalau blk kesannya;

1. Dapat ambil stok secondbargainbox
2. Imah pasti happy
3. Orang tua juga happy
4. Supplier brg juga happy
5. Jemaah Masjid P.Puteh pasti Happy

BN d'Perak

Kecoh betul, semua paper hr ni , frontpage mesti pasal perak. Kenapa tidak emas atau gangsa? 28 PR 28 BN dan 3 Bebas. Situasi yg menarik. Kepada bukan rakyat perak, sama2lah kita melihat senario ini. Kenapa 3 bebas x masuk BN? Walaupun menyatakan sokongan, tp x masuk. Mcm was2 je..ataupun Bn x bg msk? Memetik kata MB Kelate, biarlah hilang sebuah negeri daripada mempertahankan individu 2 yg berbuat salah. Lebih2 lg rasuah dan zina. Menurut Che Det, BN akan menyesal sekiranya menerima 2 adun tersebut. Yang jelas disini, BN bukannya memerlukan 2 adun tersebut tetapi jawatan dan kerusi mereka. Sekiranya 2 adun tersebut tanpa jawatan, dimanakah mereka berada ? Apa2 pun keputusan Sultan Perak, jelaslah politik akan menghalalkan cara. Baik BN , baik PKR kecuali Tok Guru..

Si Sirul yang Malang

Apabila membaca pengakuan Sirul hari dari Malaysiakini, jelas mengambarkan senario malang yang menimpanya. Tidak mahu di ulas apa yg diceritakannya. Tapi kesannya kpd rakyat keseluruhannya. Si Sirul seorang anggot polis berpangkat koperal antara rakyat Malaysia yg tidak bernasib baik. Beliau bknnya polis biasa tetapi anggota UTK. Beliau tentunya tlah di latih dgn dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental. Namun, pada hari pembelaannya beliau telah menangis teresak2 mengenangkan maut yg akan menjelma. Bagi anggota UTK atau Komando memang dilatih berhadapan dgn maut tetapi maut yang menanti penuh dengan cemuhan. Beliau mungkin berfikir yg beliau akan mati sebagai seorang penjenayah bukan sebagai pahlawan negara yg mempertahankan negara. Siapa yg x sedih? Memang sepatutnya beliau menangis. Menangis bukan bermaksud lemah tetapi menunjukkan kekuatan semangat patriotiknya. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya amat bersimpati kepadamu tetapi tiada apa yang boleh di buat kecuali sebelum hukuman dijatuhkan kepadamu tampuk pemerintahan negara bertukar tangan ..... sesuatu yg agak mustahil ..tapi hanya Allah SWT yang maha mengetahui

Sunday, February 1, 2009

Umar X Sihat

Dah 2 hari demam. Suara dah hilang. Tonsilitis, tersangat susah makan ubat. Kesannya kepada persekitaran ;
1. Hujung minggu dok kat rumah je
2. Urusan syarikat berhenti sekejap
3. Suasana di rumah dah x harmoni
4. Salah satu punca kekalahan r.Federer
5. dan banyak lg...

Esk masih ada...

Thursday, January 29, 2009

Secondbargainbox on Redmummy.com

Tq to Redmummy.com coz sudi tlg promote our sales blog.




At last, secondbargainbox banner sudah kelihatan di redmummy.com.

Sunday, January 11, 2009

306 Arowana Indah


Ruang tamu yg x pernah kemas..


Aircond x pernah tutup sbb x ada kipas. Tempat kipas diganti dgn lampu



Dapur yang selalu berasap..


Koleksi bakul wifey

Bilik Imah


Koleksi handbag Wifey. Towkey bag la katakan..


Tempat secondbargainbox beroperasi. Tapi selalu di conquer oleh Umar



Umar punya. Yg paling dia suka ialah Grand Piano dan Musical Chair

Aktiviti hari Sabtu



Imah bersiap nk training driving dgn golf set barunya

Permandangan dari depan our house di Arowana Indah.



Teknik ultaman ataupun cicakman





Friday, January 9, 2009

Secondbargainbox store




Itulah antara gambar yg sempat dirakam di Store kami. Store ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Mini ( memuatkan ride on, tricycle dan item yg kecil2) , Bahagian Utama ( memuatkan item2 yg baru sampai dan belum upload ) Bahagian S ( Memuatkan stroller, carseat, tub dan benda2 yg agak besar) dan last sekali ialah bahagian As-Is ( memuatkan brg2 yang perlu dibaiki, bag, kasut dan Small toys). So, dengan adanya store ini, rumah kami dah kembali kemas dan bersedia menerima tetamu. Secara x langsung mood wifey dah kembali ok. dan secara x langsung juga, kebarangkalian wifey berleter akan berkurangan. Actually, kami belum officially open to public coz stil byk benda kena buat. Especially our banner belum naik lagi. Hopefully our bisnes akan lebih maju pada masa depan. Amin.

Happy Birthday Ibu






Pada 5 Jan yg lepas genaplah usia wifey 31 tahun. Majlis grand x sempat nk buat oleh kesibukannya menguruskan store barunya. Walaubagaimanapun terima kasih kepada FAUA Enterprise atas sumbangan kek mentega yg lazat itu. Semoga Allah SWT memanjangkan umurmu isteriku agar dapat terus berbakti kepadaku , anak2mu , kaum keluarga dan seluruh umat islam. Hadiah PDA yang dijanjikan terpaksa di tunda sehingga gajiku masuk bulan ini. Jangan risau janji tidak akan tinggal janji. Tidak lupa Happy Birthday juga buat sepupuku ( Dr Nazuha). Kepada Wifey, Minta maaf kerana majlis sambutan tahun ini buat kat dapur shj kerana berkabung atas kemangkatan Yg DiPertuan Besar NS dan peristiwa kekejaman Israel ke atas Palestin. Last but not least, selamat hari lahir isteriku...

Monday, January 5, 2009

Tok Guru oh Tok Guru



Rumah Almarhum Datuk Z , Bekas YB Klang


Rumah kelahiran Tun Dr M. Tapi sekarang dah tak tinggal kat situ..



Rumah MB Kelantan..dan dia masih tinggal di situ hingga sekarang.


Engkau memang pemimpin yang hebat. Pada minggu lepas MB Kelantan telah menyerahkan kembali duit backdated RM 30,000++ kepada kerajaan negeri diatas elaun rumah beliau. Seperti yang semua tahu, Tok guru tidak menetap di rumah yang disediakan untuknya dan beliau berhak mendapat elaun rumah Rm3000 sebulan. Namun , beliau tidak mahu menerima duit tersebut dan menyerahkannya kepada rakyat. Dahlah beliau merupakan MB yang mendapat gaji paling murah di Malaysia setelah 50% dari gajinya dipotong untuk kebajikan Parti. Tiada pemimpin yang seperti dirimu... semoga Allah SWT memanjangkan umurmu agar syiar Islam terus dinikmati di Negeriku..

Saturday, January 3, 2009

Gutterball2




Beginilah umar sehari-hari. Sejak sudah mula pandai menggunakkan mouse dan laptop dia dah x perlukan orang lain untuk main game gutterball 2 dan seangkatan dengannya. Moga2 bila besar nanti akan jadi pengodam komputer yang beriman. Bila dah terer nanti godamlah komputer sistem pertahanan Israel, biar missile mereka tertembak diri sendiri. Kalau x dapat jadi pengodam beriman , ayah berharap agar engkau menjadi Imam besar Masjid Muhammadi. InsyaAllah.