Tuesday, October 21, 2008

Crocs Shoes 2

Imah punya..
Umar
Wifey
and me..


Sunday, October 19, 2008

Crocs Shoes


Imah & Ibu with their Crocs!
Umar berlari dengan Crocsnya..
Ini bukannya iklan berbayar, just to share betapa selesa dan senangnya bila memakai selipar crocs ini. Now, semua dah ada crocs, boleh dipakai kemana saja, terkena air tiada masalah, dibawa ke shopping mall tidaklah malu, dibawa berlari tersangatlah ringan. Must buy item!

Saturday, October 18, 2008

Perjalanan terakhir seorang Dolah

Hishamuddin Rais menulis( Mesti Baca)....

Dialkesahkan maka orang-orang kampung pun berkumpullah untuk melihat dan melangok. Maka gendang pun dipalu dan canang dipukul. Ada yang mencangkung, ada yang berdiri melihat gelagat segala peri.

Ketua cawangan naik Proton

Ketua bahagian naik Wira

Kontraktor kelas F naik Honda

Putera datang naik tongkang

Puteri datang membawa kangkang

Para YB naik Mercedes

Menteri datang takut muflis

Datang berkumpul bukan menangisDolah berundur amatlah tragis....click disini untuk membaca keseluruhannya.

Karya ini memang menarik perhatian kerana sarat dengan sindiran dan saranan khas untuk PM yang bakal bersara....

Triton

Setelah beberpa hari kami memilih TRiton. So, sek jahat tolonglah kami untuk proses membelinya..katanya dapat special diskaun.

Friday, October 17, 2008

Stok baru




Hari ini, kami ambil stok baru. So kepada customer seconbargainbox, sentiasalah berwaspada jikalau tidak mahu kempunan. Happy shopping!

Thursday, October 16, 2008

Petua untuk Aina...



Terbaca n3 blog aina pasal petua untuk mengambil hati isteri. Maka kat sini sebagai balasannya beberapa petua yang penting untuk isteri supaya suami mereka tak kahwin lain..

1. Sentiasa senyum bila berjumpa dgn suami

2. Kurangkan membebel. Saya tahu perempuan mmg suka membebel tapi kurangkanlah. Kalau x tahan membebellah pada peti sejuk.

3. Mempelajari cara urutan cakar harimau dan singa.

4. Jangan meninggikan suara dengan suami. Kalau nak marah jugak , gunakan bahasa isyarat.

5. Menawarkan khidmat mengurut kaki suami semasa menonton tv.

6. Sentiasa berjemaah dalam sebarang urusan seperti solat, makan, mandi dan bermain.

InsyaAllah kalau diamalkan , suami takkan kahwin lain. Tapi bagi saya walaupun isteri saya x buat saya tetap setia...

Quinny Zapp

Pada tahun 2006, kami telah membeli stroller Quinny Zapp bagi anak kedua kami (Umar) . Pada masa itu , harganya RM1000.00. Stroller ini mmg cantik dan sporty. Tapi sayangnya, My Umar x suka duduk. Baru-baru ini ada pembeli ingin membelinya dengan Harga RM700. Kami berbelah bagi bagi menjualnya walaupun ia tidak lagi digunakan setelah kami membeli Jogger Mothercare untuk Umar. Nak jual ke x? Kalau x jual pun x pakai. Sek Jahat , apa pendapat anda?

Desktop


Ini adalah paparan desktop My office PC.

Penuh dengan file .des iaitu fail CAD ( Computer Aided Design). Begitulah kerjaku seharian, kalau ada masa free mesti buat design dengan CAD. 2-3 hari kebelangkangan ini memang amat sibuk bagi menyiapkan cenderahati untuk Timbalan Panglima TD. Gambar cenderahati tersebut tidak dapat disiarkan diatas sebab keselamatan. Tapi ianya amat menarik dan mahal. So.. moralnya...bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Maybe sekarang kita berkerja keras nescaya bila dah jadi bos nanti kita akan dapat menikmatinya.... sivik betul n3 pada kali ini.

Monday, October 13, 2008

Hajatnya..

Hajatnya planning nak beli Triton Lite yang murah tu.... tapi bila tgk tayarnya yang kecik...terfikir baik beli yang besar sikit. Tapi banyak juga cadangan suruh pilih Hilux. Baru2 ni keluar pulak D-Max. Pening jugak nih. Apa agaknya yang paling berbaloi untuk di beli?

Saturday, October 11, 2008

TOk Ayah gering


Tok Ayah telah gering beberapa hari yang lepas. Menurut Anaknya yang sulong a.k.a Ma, beliau demam. Tak boleh bangun, kebetulan pulak tiada anak ataupun cucu yang kuat untuk tugas mengangkat beliau ke bilik air. So terpaksalah Ma bergandingan dengan Mokchik melakukannya. Kesian, ingin saya balik untuk membantu, tapi hari ini keadaan beliau bertambah baik menyebabkan hasrat saya terbantut. Alhamdulillah... untuk pengetahuan semua saya tinggal bersama tok ayah & mek dari lahir sehingga umur 5 tahun. Inilah masanya untuk berbakti...

Mukriz atau Khairy?

Walaupun saya penyokong parti AKIM, ini tidak menghalang untuk memperkatakan tentang isu jawatan ketua pemuda Umno. Bagi saya Khairy langsung x layak atas beberapa segi berbanding Mukriz. Walaupun Khairy hebat berpidato, hensem , rambut lebat dan sasa, namum beliau tidak layak kerana mengamalkan sistem monopoli dalam urusannya. Ini terbukti semasa pilihanraya yang lepas dimana beliau telah menggunakan kuasa menantu PM untuk memestikan kemenangannya walaupun hampir kalah. Begitu juga dalam pentadbiranya, beliau monopoli semua tender bagi kroni2 beliau sahaja. Kesimpulannya, pilihlah Mukriz.... apa kata anda? Din Lawyer ada komen ke?

My sepupu blog


Akhirnya Din memberanikan diri untuk menulis blog. Sila kunjungi blognya di http://pulaichondongtoday.blogspot.com. Tapi kenapa berada di tengah2? Kalau nak sokong Umno , sokonglah . Kalau Pas , sokonglah. Kalau tengah2 tak bestlah nak menghentam. So kepada Din a.k.a Din Lawyer tegaskan pendirian anda. Jangan takut dilambung ombak kalau berumah di tepi pantai. Alang2 menyeluk perkasam biar sampai makan ikan perkasam!

Friday, October 10, 2008

Makruh bukannya haram


Dalam banyak perkara yang perlu waspada adalah mengenai waktu, terdapat lima ketika yang makruh melakukan solat.
Pertama, selepas solat Ashar. Kedua, sesudah solat Subuh. Masa ketiga waktu gelincir tengah hari (zawal). Waktu keempat ketika mata hari sedang naik di ufuk timur. Detik kelima ketika mata hari sedang jatuh di ufuk Barat.
Sumber :Tn Guru Nik Aziz

Wednesday, October 8, 2008

Laman Web DPM Najib Tun Razak - Datuk Seri Najib Tun Razak website


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak became the latest leader to try and reach to an increasingly Internet-savvy electorate by setting up his own website called 1Malaysia.

Akhirnya....

"Paklah akhirnya mengalah walaupun belum disabitkan bersalah, begitulah pemimpin yang bermasalah".
Berita ini bukanlah yang dinantikan Pakatan Rakyat, mungkin impian DSAI x tercapai sekiranya Pak Lah letak jawatan. Tetapi siapa tahu...belum tentu Najib, sebab Kuli dan Muhyiddin pun teringin.

Tuesday, October 7, 2008

Padang Luas

Berdiri dari kiri: Pa, Ayah Ngah dan Hanan

Aisyah dan Umar



Luas ataupun tidak padang itu bukan masalahnya. Ini kerana ia memang luas. Namum setelah diamati ia memang padang luas.....

VGA vs HD


Mana lebih baik VGA atau HD bagi kualiti gambar? Gambar di atas adalah HD manakala dibawah adalah VGA.

Monday, October 6, 2008

Kronologi Aidilfitri

Sehari sebelum raya, upacara penyembelihan 11 ekor puyuh untuk lauk nasi dagang. Mereka yang terlibat dalam acara ini ialah Pa , Umar, Wifey, Hafez, Hanan, Imah, Liza dan .....

Pagi 1 syawal. Makan sate tulang!

Dari kiri : Hafez, Zubair dan Ayah Su

Jam 11 pagi. Kunjungan ke Gong Kemuning.


Jam 530 ptg. Balik ke rumah terus main PS3 winning eleven superstar2008


Hari raya ke 3. Mengziarahi Ayah Ngah sekeluarga di Padang Luas.

My Big Fam

Duduk dari kiri : Naim ( Ayah Chik ) , Pa , Ma , Imah dan Hanan
Berdiri dari kiri : Liza , Hafez ( Uncle ) , Farhan ( Abe Han ) , Me , Umar dan Kartini

Lengkaplah sebuah keluarga pada hari 1 syawal. Maybe next yaer ada orang baru...moga2 adalah..


Hari jadi...




Tq kepada semua yang menganjurkan majlis gemilang ini.....iaitu Ma, Hanan, Imah dan semua yang terlibat. Terharu....