Thursday, June 19, 2008

Big Apple-The best ever donuts

Kini, donut big apple dah jadi kewajipan kat rumah. Ibu suka semua, umar suka strawberi, Imah suka coklat dan cheese. manakala beta gemar "duren-duren" . Semua mesti cuba memang best, dijammin sedddappp...

My family pics7

My bro, Mohd Hanan. Dalam family dialah yang paling hebat dalam akademik. Sekarang dah nak jadi DR. Paling di sayangi oleh Ma dan Pa. Banyak memberi kebanggaan dalam keluarga. Semoga dapat berbakti nanti kepada mereka dan negara. Semasa kecik paling kuat meragam macam umar, mengikut kata dari Ma. Dijangka tamat belajar tahun ini. Orang paling gembira tentunya Ma dan Pa.Ini kerana Pa dan MA ingin sangat anak mereka jadi Doktor. Sbb dulu mereka pernah mengharapkan saya jadi doktor tapi telah dihampakan dengan keputusan exam spm yang teruk, so tak layak ambik medic terus jd engineer dan Askar gurka. Kepada hanan, tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang doktor perubatan.

My family pics6

My mother, seorang pejuang kehidupan sejati. Tak pernah duduk diam. Di gelar wanita besi. Jam 5 pagi dah bangun untuk memasak dan membuat sebarang kerja. Masakannya tiada tandingan, tetapi sekarang sudah mula isteriku memberi cabaran. Begitu mementingkan pelajaran anak2. Bekas seorang guru. Tidak memihak mana2 parti politik kerana ini menjaga hati orang sekeliling. Tiada duanya Siti Abidah Mohamad. We love u.

My family pics5

My father, Mohd Yusof. Pejuang PAS sejati. Juga sebagai ahli seumur hidup Masjid Ibrahimi, p. Puteh. Semakin tua saya amat mengagumi beliau. Walaupun penglihatanya kurang namum dia mula menghafal ayat2 al-Quran. Saya jangkakan tidak lama lagi dia akan jadi al-hafiz. Selalu di jemput sebagai pembaca doa dalam sebarang majlis yang dihadiri. Takbir!!

My family pics4



My bro, mohd Hafez. Berumur 28 tahun. Sudah beristeri. Nama isteri Norliza. Sekarang berkerja di Inai Kiara SDn Bhd. sebagai Asst. Manager. Gaji lebih besar dari saya. Sekarang pakai New Honda Accord. Tapi kerja berbaloi dengan gaji sbb kerja 7 hari seminggu dari 7 pgi-7 mlm. Berpendirian berkecuali dalam politik.

My family pics3

Yes, My third Bro, Mohd Naim. berumur 20 tahun. Sekarang belajar kat UniKl. Jurusan Kejuruteraan Moulding. Saya yang cadangkan course ini. Moga2 lepas belajar terus dapat kerja. Kalau susah dapat datanglah mengadap abangmu ini. InsyaAllah boleh di tolong. Amat rapat dengan Fatimah dan Umar.

My family pics2

My youngest bro, Mohamad Farhan. Lebih mesra kami sekeluarga panggil 'Adik'. Berumur 17 tahun. Sekarang belajar di Sek Men Teknik Bachok , Kelantan. Amat meminati kumpulan "Butterfingers" dan Menteri Besar Kelantan TOk Guru Nik Aziz.

My family pics

My grannie, ibu kepada my father. Now tinggal kat Kg Tanah Merah Kerandang, Besut, terengganu. Seorang penyokong kuat BN. Berlawanan dengan my father seorang pejuang PAS sejati. Tak kisahlah asal jangan bergaduh.

Sunday, June 15, 2008

SweetCharity5

M.C pada malam itu, Bob Lokman. memang kelakar giler.
Gaya penutup dari ramli Sarip dan juga trademark bagi Sweet Charity. Lastly, thanks to my lovely wife and happy father day's to Pa, Tok Ayah, and me. To uncle Hafez, hopefully next year u can celebrate this day.

SweetCharity4


Selepas lagu Kamelia, SweetCharity pun dah habis. Tahniah! Saya dah mula minat band ini.

SweetCharity3

Semakin lama konsert, orang ramai dah mula memenuhi ruang depan meja VIP. SAmpai aku hanya nampak kepala Ramli Sarip jer. Semakin lama semakin panas.

SweetCharity2

Purata umur anggota SweetCharity 60++ tahun. Tapi stamina boleh tahan.

SweetCharity

Konsert memang menghiburkan. Ramai artis datang memberi sokongan seperti M.Nasir, Imuda,Meet Uncle husin, dan ramai lagi. Terima kasih kepada Nuar kerana bagi tiket. Terutama tiket VIP. Actually saya tak berapa tahu dan ikut dengan sweet charity sebab mereka bermain muzik sejak 1964 lagi. Dah 44 tahun dalam industri. Tapi mereka memang high class sebab ramai orang tua yang headbang malam tu.

Happy Father's Day

Sweet Charity Father's Day concert. Dengan harga tiket RM500.00 seorang aku telah hadir dengan pembiayan dari Telekom Malaysia. Thanks TM. Terima kasih juga pada isteri yang membenarkan aku pergi sekejap menhiburkan diri bersama member2 iaitu Anuaruddin dan Abe Yi. Konsert di PWTC K. Lumpur. Bermula Jam 900pm hingga 1200am. Artis-SweetCharity dan Ramli Sarip.

Thursday, June 12, 2008

Imah & Umar

Imah & Umar in Lift

Umar Alamgir

Yes, my anak bongsu. Nama penuh Muhammad Umar Alamgir, umur 1 tahun 7 bulan. Lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia, kubang Kerian. For more info go 2 http://angelsofourlife.blogspot.com

Wednesday, June 11, 2008

Buku masak

Buku resipi masakan ini digunakkan oleh Ma. So sesiapa nak masak macam Ma blhlah tgk buku ini. Buku ini dikeluarkan pada tahun 1984. Shida mesti suka buku ini.

Hadiah untuk ayah chik

Imah menghadiahkan Ayah Chiknya dengan sebatang Pen Pilot. Harga RM49.90.

Backdated pics-naim birthday

Kemesraan antara 3 generasi. Tapi imah memang rapat dengan "ayah chik"


F1 in schools world champ 2008

Bersama pasukan dari Republik Ireland yang merupakan juara bertahan pada World Champ 2008