Thursday, January 29, 2009

Secondbargainbox on Redmummy.com

Tq to Redmummy.com coz sudi tlg promote our sales blog.




At last, secondbargainbox banner sudah kelihatan di redmummy.com.

Sunday, January 11, 2009

306 Arowana Indah


Ruang tamu yg x pernah kemas..


Aircond x pernah tutup sbb x ada kipas. Tempat kipas diganti dgn lampu



Dapur yang selalu berasap..


Koleksi bakul wifey

Bilik Imah


Koleksi handbag Wifey. Towkey bag la katakan..


Tempat secondbargainbox beroperasi. Tapi selalu di conquer oleh Umar



Umar punya. Yg paling dia suka ialah Grand Piano dan Musical Chair

Aktiviti hari Sabtu



Imah bersiap nk training driving dgn golf set barunya

Permandangan dari depan our house di Arowana Indah.



Teknik ultaman ataupun cicakman





Friday, January 9, 2009

Secondbargainbox store




Itulah antara gambar yg sempat dirakam di Store kami. Store ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Mini ( memuatkan ride on, tricycle dan item yg kecil2) , Bahagian Utama ( memuatkan item2 yg baru sampai dan belum upload ) Bahagian S ( Memuatkan stroller, carseat, tub dan benda2 yg agak besar) dan last sekali ialah bahagian As-Is ( memuatkan brg2 yang perlu dibaiki, bag, kasut dan Small toys). So, dengan adanya store ini, rumah kami dah kembali kemas dan bersedia menerima tetamu. Secara x langsung mood wifey dah kembali ok. dan secara x langsung juga, kebarangkalian wifey berleter akan berkurangan. Actually, kami belum officially open to public coz stil byk benda kena buat. Especially our banner belum naik lagi. Hopefully our bisnes akan lebih maju pada masa depan. Amin.

Happy Birthday Ibu






Pada 5 Jan yg lepas genaplah usia wifey 31 tahun. Majlis grand x sempat nk buat oleh kesibukannya menguruskan store barunya. Walaubagaimanapun terima kasih kepada FAUA Enterprise atas sumbangan kek mentega yg lazat itu. Semoga Allah SWT memanjangkan umurmu isteriku agar dapat terus berbakti kepadaku , anak2mu , kaum keluarga dan seluruh umat islam. Hadiah PDA yang dijanjikan terpaksa di tunda sehingga gajiku masuk bulan ini. Jangan risau janji tidak akan tinggal janji. Tidak lupa Happy Birthday juga buat sepupuku ( Dr Nazuha). Kepada Wifey, Minta maaf kerana majlis sambutan tahun ini buat kat dapur shj kerana berkabung atas kemangkatan Yg DiPertuan Besar NS dan peristiwa kekejaman Israel ke atas Palestin. Last but not least, selamat hari lahir isteriku...

Monday, January 5, 2009

Tok Guru oh Tok Guru



Rumah Almarhum Datuk Z , Bekas YB Klang


Rumah kelahiran Tun Dr M. Tapi sekarang dah tak tinggal kat situ..



Rumah MB Kelantan..dan dia masih tinggal di situ hingga sekarang.


Engkau memang pemimpin yang hebat. Pada minggu lepas MB Kelantan telah menyerahkan kembali duit backdated RM 30,000++ kepada kerajaan negeri diatas elaun rumah beliau. Seperti yang semua tahu, Tok guru tidak menetap di rumah yang disediakan untuknya dan beliau berhak mendapat elaun rumah Rm3000 sebulan. Namun , beliau tidak mahu menerima duit tersebut dan menyerahkannya kepada rakyat. Dahlah beliau merupakan MB yang mendapat gaji paling murah di Malaysia setelah 50% dari gajinya dipotong untuk kebajikan Parti. Tiada pemimpin yang seperti dirimu... semoga Allah SWT memanjangkan umurmu agar syiar Islam terus dinikmati di Negeriku..

Saturday, January 3, 2009

Gutterball2




Beginilah umar sehari-hari. Sejak sudah mula pandai menggunakkan mouse dan laptop dia dah x perlukan orang lain untuk main game gutterball 2 dan seangkatan dengannya. Moga2 bila besar nanti akan jadi pengodam komputer yang beriman. Bila dah terer nanti godamlah komputer sistem pertahanan Israel, biar missile mereka tertembak diri sendiri. Kalau x dapat jadi pengodam beriman , ayah berharap agar engkau menjadi Imam besar Masjid Muhammadi. InsyaAllah.